Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
permata (kata nama)
1. Bersinonim dengan batu permata: manikam, jauhar,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan akik, berlian, delima, firus, intan, jed, mutiara, nilakandi, nilam, paret, ratna, topaz, turkois, zamrud.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu makna peribahasa berikut: 1)bagai kunyit dan kapur 2)bagai cincin dan permata 3)bagai hempedu lekat di hati 4)seperti bulan dipagari bintang Terima kasih

1.Sebagai kunyit dengan kapur.
Takrif
Mudah dan lekas mesra.

2. Seperti cincin dengan permata.
Takrif
Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).

3.Bagai hempedu lekat di hati.
Takrif
Perhubungan yang sangat akrab.

4.Bulan dipagar bintang.
Takrif
Cocok segala-galanya.

Makna08.09.2009
Salam sejahtera tuan. Apakah perbezaan antara peribahasa yang berikut? Bolehkah tuan menjelaskan penggunaannya? -bagai lesung dengan antan -bagai aur dengan tebing -bagai kapur dengan kunyit -bagai cincin dengan permata Penjelasan dan maklum balas tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.Bagai lesung dengan antan bermaksud sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau orang yang berkasih-kasihan). Penggunaan peribahasa dalam ayat haruslah sesuai antara makn peribahasa dengan konteks ayat tersebut, contohnya "persahabatan antara Ahmad dan Ali boleh diumpamakan bagai lesung dengan antan". Untuk melihat makna peribahasa yang lain, sila rujuk laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aur+dengan+tebing&d=11, saudara dapat melihat maksudnya dan contoh penggunaan peribahasa tersebut (jika ada).Makna29.07.2013
Adalah semua kata bandingan semacam (bagai, seperti, umpama, laksana, bak, macam) boleh digunakan untuk semua perbandingan yang menunjukkan keserupaan contohnya -manis seperti madu/ manis umpama madu / manis laksana madu -tajam bak pisau / tajam macam pisau / tajam laksana pisau

Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan mengikut konteks. 

Contoh bandingan semacam yang diberikan seperti “manis seperti madu”, “manis umpama madu”, “manis laksana madu”, “tajam bak pisau” dan “tajam macam pisau” adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bandingan semacam bagi “tajam laksana pisau” kurang sesuai digunakan dari segi darjah perbandingan aspek keindahan atau keelokan sesuatu. Contoh penggunaan bandingan semacam yang sesuai bagi perkataan “laksana” ialah “Pasangan pengantin itu laksana cincin dengan permata”.

Penggunaan bandingan semacam perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lama web prpm.dbp.gov.my

Tatabahasa12.03.2024

Kembali ke atas