Susunan ayat manakah yang betul: 1. Kejohanan Hoki (L) Bawah 15 Tahun MSSM 2009 atau 2. Kejohanan Hoki (L) MSSM 2009 Bawah 15 Tahun | Saudara, Susunan yang betul ialah " Kejohanan Hoki MSSM 2009 (L) Bawah Umur 15 Tahun". | Lain-lain | 22.10.2010 |
Bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai penetapan kadar harga bayaran pasport yang dikenakan, apakah maksud yang tepat atau sepatutnya. 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun'. Apakah memadai dengan ayat tersebut yang membawa maksud, bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun pada hari tarikh lahirnya ? Apakah kategori tersebut termasuk yang telah mencapai umur pada hari jadi seseorang itu ? Mohon bantuan dan nasihat pihak Tuan dalam kadar segera, terima kasih. | Salam sejahtera, 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun'. Ayat ini memadai untuk menunjukkan maksud bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun. | Lain-lain | 03.01.2013 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih. | 1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur. 6. Permukaan dinding itu mula terkopak. 7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing. | Tatabahasa | 29.01.2013 |
Bagaimanakah hendak merangkaikan suku kata untuk perkataan di bawah untuk bacaan suku kata kanak-kanak umur 5 tahun: 1) bau (bau / ba.u) 2) liar (liar / li.ar) 3) saiz (saiz / sa.iz) 4) ais (ais) 5) penguin (pen.guin / pen.gu.in) | Pemenggalan suku kata perkataan yang disenaraikan adalah ialah 1) ba.u (2) li.ar (3) sa.iz (4) a.is dan (5) pe.ngu.in Anda harus membezakan dengan jelas antara pemenggalan suku kata dengan pemenggalan untuk sebutan. | Tatabahasa | 11.04.2017 |
sama ada ayat-ayat di bawah betul? 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan bagi (untul/demi) memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan. 4. amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan suatu amalan yang ,ulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan thelah mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Preses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barang kecil kerana pada usia ini gemar memasukkan ke dalam mulut mereka. | Ayat yang betul ialah: 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan demi perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada demi perpaduan dan kestabilan negara. - untuk ayat kedua dan ketiga rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 dan 277. 4. Amalan saling berkunjung (atau kunjung-mengunjungi) adalah amalan yang mulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Proses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. Pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barangan kecil kerana pada usia ini kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka. | Tatabahasa | 17.02.2011 |