Saya ingin bertanya sama ada buku Bawang Putih Bawang Merah oleh Rubaidin Siwar (terbitan DBP, 1980, 2002) masih dalam jualan? Atau ada naskhah lama yang boleh saya beli? | Tuan boleh melayari laman https://dbpniaga.my/contact-us untuk pertanyaan dan pembelian buku terbitan DBP. | Lain-lain | 02.09.2019 |
Apakah penjodoh bilangan untuk bawang putih ie a bulb of garlic. Bolehkan perkataan 'bancuh' digunakan dalam konteks terbitan buku. Misalnya, bancuh tepung jagung dengan air. Terima kasih | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah seulas (dalam bentuk ulas) atau selabu bawang putih. Perkataan "bancuh" boleh digunakan dalam konteks rasmi termasuklah dalam bidang penerbitan. | Tatabahasa | 02.10.2009 |
Emak ke pasar membeli berkilo-kilo bawang merah dan bawang putih untuk keperluan harian. mUNSYI, APAKAH KESALAHAN DALAM AYAT INI? TERIMA KASIH ATAS NASIHAT TUAN. | Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Selamat sejahtera. Bolehkah saya tahu sama ada llabu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan? Terdapat dua _______ bawang putih yang belum dihiris. Adakah ayat berikut betul ? Ahmad seorang diri berjalan kaki ke sekolah. Terima kasih. | Labu boleh digunakan untuk penjodoh bilangan bawang. Ayat "Ahmad seorang diri berjalan kaki ke sekolah" adalah betul. | Tatabahasa | 18.07.2006 |
Bolehkah penjodoh bilangan "LABU" digunakan untuk bawang besar? | Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih. Penggunaan penjodoh bilangan labu ini sama seperti penjodoh bilangan pucuk untuk surat (surat pada zaman dahulu dilipat dalam bentuk meruncing) dan kaki untuk payung, iaitu melihat kepada bentuk fizikal sesuatu benda. | Tatabahasa | 04.05.2011 |
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih. | 1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih. 2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam) dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan. 3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 24.01.2013 |