adakah perbezaan perkatan-perkataan berikut: -Baru -Baharu -Bharu | Ada sedikit perbezaan dlm penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, baharu digunakan utk maksud membaiki sesuatu , mengulangi lagi, memulakan sesuatu semula, mengganti/menukarkan sesuatu dgn yg baru, manakala baru biasanya membawa makna belum ada sebelumnya , belum lama dipakai/diguna atau belum dipakai lagi. kata bharu digunakan pada tempat yang telah digazetkan contohnya Kota Bharu. | Tatabahasa | 21.04.2008 |
Penggunaan perkataan bau dan baharu | Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
Apakah perbezaan antara baru dengan baharu ? dalam kamus dewan, kedua-duanya sama maksud, betulkah? | Ada sedikit perbezaan dlm penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, baharu digunakan utk maksud membaiki sesuatu , mengulangi lagi, memulakan sesuatu semula, mengganti/menukarkan sesuatu dgn yg baru, manakala baru biasanya membawa makna belum ada sebelumnya , belum lama dipakai/diguna atau belum dipakai lagi. | Makna | 25.07.2007 |
1)perbezaan antara (baru) dan (baharu) 2)selepas imbuhan akhiran (-kan) tidak boleh meletakkan objek hidup, tetapi adakah ayat berikut betul? ibu memasakkan ayah bubur. ibu menjahitkan kakak sehelai baju tq | 1. Dalam Kamus Dewan baru dan baharu sama maknanya iaitu belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud. Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. 2. Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- dan boleh meletakkan objek hidup selepas kata kerja tersebut. Contoh, Ibu memasakkan ayah bubur | Tatabahasa | 02.03.2009 |
apakah perbezaan penggunaan kata 'baru' dengan 'baharu'?? tolong jelaskan dengan contohnya sekali..terima kasih.. | Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. | Tatabahasa | 22.07.2010 |
assalamualiakum Saya keliru dengan penggunaan perkataan baharu atau baru. Contoh: Tahun Baru atau Baharu Kereta Baru atau Baharu ketua Perkhidmatan baharu Adakah perkataan baru telah di tukarkan dengan ejaan baharu. sekian, terima kasih. | Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Apakah maksud perbezaan antara perkataan 'baru' dan 'baharu'? Sila berikan fungsi kata sendi nama 'ke' dan 'pada' mengapakah kata sendi nama 'pada' tidak boleh digunakan kepada ayat berikut: Sila datang ke perkahwinan kakak saya. | Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Manakala sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi. Pada pula kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. | Tatabahasa | 01.02.2010 |
Jika'baru'bermaksud' just', 'baharu' bermaksud' new'. Adakah untuk pelajar yang baru mendaftar digelar' pelajar baharu' atau 'pelajar baru' ? ' pensyarah baru' atau'pensyarah baharu'? Terima kasih | Puan Wong, Kata "baharu atau baru" digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu, pelajar baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, bermaksud belum ada sebelumnya, belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. | Tatabahasa | 26.02.2009 |
Apakah perkataan yang betul untuk 'BARU'. Is it BARU or BAHARU? Most of the advertising esp on TV commercial lately are using perkataan BAHARU instead of BARU. I need clarification, which one is the official and correct word to use in all communication (TVC, Billborad, Newspaper, brochure. leaflet etc). Need your advise asap. Thanks! | Perkataan "baru" dan "baharu" kedua-duanya betul dan mempunyai maksud yang sama. Rujuk Kamus Dewan: kata "baharu" merujuk "baru" iaitu belum (tidak) ada sebelumnya atau yang belum lama wujud. Namun, dalam penggunaannya terdapat perbezaan, iaitu bagi maksud just, contoh: Dia baru sampai dari Pulau Langkawi; dan bagi maksud new, contoh : Ali membeli baju baharu. | Istilah | 18.03.2009 |
Berdasarkan penjelasan dalam Clik DBP:Berita Harian- 'baru' (just) ialah kata bantu manakala 'baharu' (new) ialah kata adjektif. Apabila saya merujuk Kamus Dewan (Edisi 4) m.s.105 (baharu) dan .s.s 131 (baru),penjelasan yang diberi tidak bermaksud demikian. Tolong jelaskan. | Dalamkamus Dewan, kata “baru” bermaksud belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan dan sebagainya). Perkataan “baharu” pula ialah baru (baharu). Tambahan maklumat yang diberi berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, baharu biasa digunakan dalam bentuk adjektif seperti untuk menerangkan buku baharu. Kesilapan berlaku kerana tidak menyatakan sumber kedua maklumat tersebut. Sekian, terima kasih. | Makna | 04.12.2008 |