'tidak lagi berhasrat' betul ke 'tidak berhasrat lagi' betul? wujjud penanda wacana Sekadar contoh ke? atau sebagai contoh lebih sesuai? | Yang betul, tidak berhasrat lagi,sekadar contoh dan sbagai contoh. | Tatabahasa | 07.05.2008 |
Yang manakah yang betul? a. i. peraduan penulisan esei ii. peraduan menulis esei b. i. cara-cara untuk menyediakan... ii. cara-cara menyediakan... c. i. berhasrat untuk melanjutkan pelajaran... ii. berhasrat melanjutkan pelajaran... Sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Peraduan Mengarang esei. Cara-cara untuk menyediakan/ cara-cara menyediakan pun diterima. Berhasrat melanjutkan pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pun betul. Terima kasih. | Makna | 18.04.2008 |
SAYA BERHASRAT UNTUK MENERBITKAN BUKU LATIHAN PENGUASAAN JAWI BAGI SEMUA PERINGNGKAT UMUR. KEPADA SIAPA SAYA PERLU BERHUBUNG MENGENAINYA? | Sdr boleh menghubungi alamat berikut: Buku bagi Pembaca Umum: Ketua Editor, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Buku bagi Pembaca Peringkat Sekolah: Ketua Editor, Bahagian Buku Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460, Kuala Lumpur. Sila layarai laman sesawang DBP bagi mendapatkan perincian no. telefon dan alamat e-mel. | Lain-lain | 19.08.2010 |
Tuan, saya berhasrat membuat papan iklan pada tiang lampu di dalam kawasan Kuala Lumpur dan dibawah PBT DBKL. Oleh itu, syarat diwajibkan untuk menghantar sesalinan cetakan papan iklan tersebut pada DBP untuk semakan bahasa. Jadi soalan saya, apakah talian, pegawai bertugas, dan alamat yang perlu saya hantar. Soalan ke2, bolehkah saya mewakilkan hal ini kepada pekerja saya? | Untuk mendapatkan khidmat pengesahan teks bahasa Melayu dalam iklan, sila datang ke Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Tuan atau wakil tuan boleh datang membawa visual iklan ini. Sekiranya tuan hendak menghantar visual melalui faks, sila gunakan nombor 03 - 21422029. | Lain-lain | 13.06.2010 |
Assaalamualaikum. Saya berhasrat untuk menjadi Munysi Dewan. Apakah yang perlu saya lakukan? Saya juga berhasrat menghantar karya - sajak mislanya, bagaimanakah caranya? | Sdr. Nazri, terima kasih kerana menunjukkan minat untuk menjadi MD. Untuk maklumat lanjut sila tunggu iklan yang akan kita siarkan melalui akhbar tahun ini. jika sdr. hendak menghantar hasil penulisan pula sila hubungi ketua bahagian sastera untuk penulisan berbentuk sastera, kt.Bhg. Penerbitan bahasa untuk buku bahasa dan sebagainya. Terima Kasih. | Lain-lain | 21.04.2008 |
Tuan/Puan, Mohon nasihat bagi ayat berikut: Inginkan RM5000? Tanya kami mengenai SA(nama produk). 1. Inginkan atau Ingin 2. mengenai - boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai Terima kasih. | Sdr faisal, Ayat yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. Ingin RM5000. ingin (kata kerja)Bersinonim dengan mahu, berhasrat">berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;, Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan 2. Kata sendi tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu atau mujarad. kata sendi tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: (i) Kata-kata caciannya itu mengenai dirinya sendiri. | Tatabahasa | 25.02.2009 |
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berhasrat untuk mencetak semula Buku Panduan Kelab Rukun Negara yang dibuat oleh Jabatan. Di dalamnya ada terkandung Kata Aluan dari Menteri pada masa itu, tetapi sekarang Menteri telahpun bertukar. Persoalan saya, adakah perlu Kata Aluan dari Menteri yang baru atau mengekalkan sahaja Kata Aluan Menteri yang terdahulu. Terima kasih. | Bagi naskhah cetak ulang, isi kandungan buku asal perlu dikekalkan termasuk kata alu-aluan menteri terdahulu. | Lain-lain | 16.09.2009 |
Pengetahuan saya tentang penulisan adalah sangat lemah. Saya berhasrat untuk menghasilkan dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk - Teknik dan Panduan Jawab Sains UPSR. Buku ini diharap akan menjadi buku panduan seluruh pelajar sekolah rendah di Malaysia. Bolehkah pihak tuan membantu saya dalam 1. penyediaan manuskrip. 2. cipta 3. ilustrasi 4. penerbitan | Sdr. wangsapertiwi, salah satu matlamat DBP adalah menerbitkan buku yang dikendalikan oleh Jabatan Penerbitan. Terdapat beberapa bahagian dalam Jabatan Penerbitan yang menerbitkan buku bahasa, buku sastera, buku kanak-kanak dan remaja, buku teks sekolah, buku umum dan majalah. Semua penerbitan dalam bahasa Melayu merangkumi pelbagai bidang ilmu untuk memenuhi keperluan pembaca. Menjawab soalan sdr. setakat ini DBP tidak membuat perolehan judul yang berkaitan dengan teknik dan panduan menjawab soalan untuk sekolah rendah atau sekolah menengah. Bahagian Buku Sekolah hanya menerbitkan buku teks untuk sekolah rendah dan menengah yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja pula menerbitkan buku sokongan pendidikan sebagai bacaan tambahan kepada buku teks. Jika sdr. berminat untuk menulis dengan DBP, bolehlah diajukan permohonan untuk mengikuti bengkel penulisan buku kanak-kanak dan remaja pada tahun 2014. Sila emelkan kepada: rosnah@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. Hajah Rosnah Awang Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.10.2013 |
Katanya, "Adalah wajar bagi kita sebuah negara "membangun" berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian dan apa yang boleh saya ungkapan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak "bernyawa".” membangun dan bernyawa merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap? adakah membangun merupakan kata kerja/ kata adjektif? | Bernyawa ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala membangun ialah kata adjektif yang sama maksudnya dengan maju dan berkembang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Amirul terpikat dengan budi bahasa gadis itu dan berhasrat untuk menjadikan gadis itu sebagai isterinya. Adakah ayet di atas salah? Jika salah, apakah kesalahan bagi ayat di atas dan apakah pembetulannya? | Ayat ini betul | Tatabahasa | 26.03.2011 |