Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.dip] | کديڤ

Definisi : tertutup seketika (sesaat) sebelum terbuka semula (bkn mata), berkelip, terkelip; tidak ~ (agak lama) tidak tertutup walau sesaat pun (bkn mata); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.dip] | کديڤ

Definisi : sekejap terbuka sekejap tertutup; sekejap kelihatan sekejap tidak; berkelip (bkn mata, lampu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedip (kata kerja)
Bersinonim dengan kelip, kejap, kenyit, kebi, kerdip, kerlip, kerlap, gemerlap, sinar;,
Kata Terbitan : berkedip, berkedip-kedip, terkedip-kedip, mengedipkan, kedipan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip?Menurut Kamus Pelajar,  kerdip ditakrifkan sebagai  berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan.

Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata.

Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Makna19.03.2014

Kembali ke atas