apakah maksud dominan? | Makna dominan ialah: 1. berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb; 2. (Bio) berkenaan sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia; 3. (Bio) berkenaan banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. | Makna | 02.01.2013 |
Nama saya Nasirah Usuf belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna berkuasa? | Berkuasa membawa maksud: 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau untuk melakukan (mengurus dan sebagainya) sesuatu; 2. mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan. | Makna | 09.11.2015 |
Bolehkah encik kenalpasti kesalahan penggunaan bahasa dan istilah dalam ayat ini dengan segera? 1.Pihak berkuasa akan menubuhkan tabung ulangan bagi menbantu pembeli rumah di mana tidak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. | Ayat yang betul : Pihak berkuasa akan menubuhkan tabung ulangan bagi membantu pembeli rumah yang tidak berjaya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. | Lain-lain | 05.01.2011 |
1) Boleh berikan contoh format surat rasmi? 2) Sekiranya terdapat dua orang berkuasa yang perlu menandatangani surat, bagaimanakah formatnya? Sekiranya atas bawah atau kiri dan kanan, kedudukan yang paling berkuasa di sebelah mana? | Saudara, Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 26.12.2018 |
1. Untuk memohon lesen banner adakah sy perlu siapkan lakaran banner terlebih dahulu? 2. Adakah wajib ada kelulusan dr pihak dbp baru layak memohon lesen pihak berkuasa tempatan? | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan lakaran visual iklan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Kelulusan daripada DBP diperlukan sebelum permohonan lesen daripada pihak berkuasa tempatan. | Lain-lain | 09.11.2017 |
1)bersemayam di atas mahligai(ada salah?)2)Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha (memupuk/pemupukan)nilai-nilai murni dalam diri anak3)Proses percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.) | 1. Mahligai ialah istana yang menjadi tempat tinggal dan bukannya tempat bersemayam. 2. Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak. 3. Percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat dibawah? 1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. | 1. Kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengah hari itu. 3. Mereka menghias bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya sesi pembelajaran pada waktu pagi tidak terganggu. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
1. Mengapakah masalah kesalahan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan apan ikalan harus ditangani oleh kerajaan? 2. Patutkah orang lain mengambil tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini? 3. Apakah akta sedia ada kepada individu yang menyalah gunakan penggunaan bahasa Melayu di papan tanda dan papan iklan? | 1. Sewajarnyalah kerajaan melalui agensinya pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab menangani masalah penggunaan bahasa pada papan tanda, papan iklan dan lain-lain penggunaan bahasa di tempat awam, kerana kerajaan berkuasa dan melalui peruntukan yang ada mampu menangani masalah tersebut. 2. Semua lapisan masyarakat bertanggungjawab dalam menangani masalah ini berdasarkan upaya dan kuasa yang ada. 3. Terdapat garis panduan untuk dalam hal penamaan jalan, banguna, tempat dan sebagainya. Walau baaimanpun akta sedang digubal untuk menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan sebagainya dan akan ada kesannya kepada pihak yang ingkar. | Tatabahasa | 04.09.2009 |
Mohon pandangan/ ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan. | Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna. | Lain-lain | 07.01.2019 |
Mohon pandangan/ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan di negeri Perak. | Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna. | Lain-lain | 07.01.2019 |