1. Ali menghidap ( penyakit , sakit) jantung berlubang. yang manakah betul, adakah kedua-dua juga betul digunakan? terima kasih | Jawapan yang betul ialah Ali menghidap penyakit jantung berlubang. | Lain-lain | 26.05.2010 |
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. 2. Doktor Syaza menjalani pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang. | Berikut ayat yang telah diperbaik: 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan. 2. Doktor Syaza menjalankan pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Pilih ayat yang betul 1. Aduhai,sakitnya gigiku yang berlubang ini! 2. Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau. 3. Tolong jangan merokok di kawasan sekolah. 4. David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi. Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk -------------pegetahuan. A. memperkembang B. mengembangkan C. memperkembangkan D. mengembang | Jawapan betul- No. 1 dan (b)
| Makna | 16.08.2016 |
apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu? | Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. | Lain-lain | 20.03.2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apa yang membezakan penggunaan 'tiub' dan juga 'tabung'? Adakah kedua-duanya padanan kepada 'tube'? 2. Adakah 'badan', 'tubuh' atau 'tubuh badan' mempunyai makna yang sinonim? Mana yang paling tepat sebagai padanan kepada 'body' dalam bidang sains perubatan? 3. 'Tanah-tanih' merupakan istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian iaitu perlu diletakkan tanda sempang sekalipun 'tanah' dan 'tanih' boleh berdiri sendiri dengan makna tersendiri. Adakah terdapat senarai lengkap istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian ini? Terima kasih. | 1. Tiub ialah 1. benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sejenis bekas daripada plastik dll yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dalam tayar basikal. Manakala tabung ialah 1. bekas ruas daripada buluh dll (untuk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yang berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (daripada buluh dll), celengan; 5. sesuatu yang berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dll) untuk maksud tertentu, dana. Dalam data kami, padanan istilah tube dalam bahasa Melayu ialah tiub, tabung dan salur. 2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tubuh badan bermaksud keseluruhan jasad. Istilah yang sesuai digunakan dalam bidang perubatan ialah badan. 3. Tanah-tanih merupakan kata ganda yang bermaksud segala macam tanah. | Tatabahasa | 06.10.2013 |
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM. | Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah:1"> 1"> - (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)1">
- /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur. 1">
- (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.1">
- (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.1">
1"> Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring. 1"> | Ejaan | 16.06.2019 |