kalau berbagai-bagai boleh disingkatkan menjadi pelbagai kenapa bermacam-macam tidak disingkatkan menjadi pelmacam? | Ejaan yang digunakan masih bermacam-macam atau macam-macam yang bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis dan berupa-rupa. | Ejaan | 15.02.2008 |
Bolehkah rencaman menggantikan pelbagai? Contoh: Terdapat rencaman faktor yang menyebabkan kemalangan. | Rencaman bermaksud campuran bermacam-macam, contoh makanan rencaman atau pekerja rencaman. Perkataan ini boleh menggantikan pelbagai dengan melihat konteks penggunaannya dalam ayat, misalnya jika melibatkan campuran bermacam-macam benda dan sebagainya. Oleh itu rencaman faktor tidak betul sebaliknya digunakan pelbagai faktor. | Tatabahasa | 01.11.2010 |
"bermacam-macam tipu helah".ayat ini betul atau salah?("tipu helah" sudah ganda?) | "tipu helah' sudah memadai kerana sudah menunjukkan banyak helah. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
1. Saya telah menerima balasan daripada tuan bahawa "pelbagai jenis kuih-muih" adalah betul. Tetapi saya mendapati kuih-muih bermaksud bermacam-macam jenis kuih..adakah "pelbagai jenis kuih" lebih tepat? 2. Saling berpeluk-pelukan salah? Jawapan yang tepat saling berpeluk..betul? | 1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah. Apakah maksud "lewah"? Terima kasih | Lewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan. | Makna | 24.03.2014 |
Salam sejahtera pentadbir PRPM, Berapakah maksud yang didukung oleh "gerak-geri"? Menurut Kamus Dewan (2005:461), bawah masukkan "gerak", kata tersebut tercatat sebagai ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) ~ langkah = ~ laku tingkah laku. Dengan erti kata lain, "gerak-geri" membawa dua maksud, iaitu (a) penggerakan badan dan (b) tingkah laku? Atau hanya satu maksud sahaja, iaitu (a) penggerakan badan. Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih. | Gerak-geri ialah bermacam-macam gerak (badan). | Tatabahasa | 19.01.2013 |
Yang manakah betul? Sampah sarap bertaburan ATAU sampah bertaburan. | Kedua-duanya betul. Sampah sarap bermaksud bermacam-macam sampah, manakala sampah membawa maksud benda-benda yang dbuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll) | Tatabahasa | 12.05.2010 |
apa yang di maksud MAMBANG | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, mambang ialah sejenis hantu (yg bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keemapt. | Makna | 12.09.2008 |
Nama saya Afifah daripada thailand ingin mengsoalkan apakah makna sayuran Terimakasih | Menurut data kami, maksud sayuran ialah bermacam-macam jenis sayur. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sayuran | Makna | 06.11.2015 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih. | Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain. | Tatabahasa | 22.07.2013 |