Salam, Tuan/puan, berpangkat besar/berpangkat tinggi yang manakah lebih tepat? Terima kasih. | Alaikumussalam. Kedua-duanya boleh digunakan. Akan tetapi untuk yang lebih tepat ialah berpangkat tinggi. | Istilah | 07.05.2014 |
a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." | a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk Datuk yang bergelar. b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk panggilan seperti datuk, nenek dan sebagainya. | Ejaan | 31.10.2011 |
sebagai pengacara majlis, kata alu-aluan harus diutamakan kepada jemputan atau ketua di organisasi tersebut? contohnya, tetamu tersebut hanya berpangkat biasa tetapi ketua tersebut berpangkat professor di sesebuah ipt | Sebagai pengacara sapaan atau kata alu-aluan haruslah menyebut jawatan tertinggi dahulu, tidak kira beliau dari pihak organisasi itu sendiri atau pun dari pihak tetamu yang dijemput. Secara protokolnya sapaan atau alu-aluan menyebut jawatan tertinggi dan seterusnya ke bawah. | Lain-lain | 05.08.2016 |
Assalamualaikum. saya mahu bertanya tentang penggunaan sapaan encik dan tuan dalam surat rasmi. Jika kita surat itu kepada yang berpangkat, pengarah atau timbalan pengarah satu jabatan, kata sapaan yang sesuai adalah Encik Ali atau Tuan Ali ? Bagaimana pula kalau nama beliau sememangnya mempunyai Tuan dihadapan, contoh Tuan Ibrahim Tuan Man tu? | Kata "Tuan" merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Ali, Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya. Jika nama orang tersebut mempunyai "Tuan" di hadapannya, maka tidak perlu diletakkan sapaan encik/tuan lagi. | Lain-lain | 14.01.2021 |
Salam Tuan/Puan. Apakah salutasi yang sesuai bagi berpangkat PROFESSOR DATO’ SERI IR.? | Salutasi yang dicadangkan ialah “Yang Berbahagia Profesor Dato’ Seri” | Lain-lain | 21.04.2025 |
Salam, bagaimanakah cara penulisan kata sapaan untuk seseorang yang berpangkat CEO syarikat swasta dan bergelar Tuan Haji? Adakah Yang Berusaha atau YBhg? | Yang Berusaha. Sapaan 'Yang Berbahagia' hanya digunakan untuk orang-orang yang bergelar seperti Tan Sri, Datuk Seri, Datul dan seumpamanya yang bukan menyandang tugas wakil rakyat. | Istilah | 01.03.2019 |
1. Adakah penggunaan almarhum hanya boleh digunakan untuk kerabat yang berpangkat seperti sultan, tengku mahkota dan raja muda sahaja. | Almarhum ialah kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam, lazimnya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal. Walau bagaimanapun, almarhum juga boleh digunakan untuk orang kebanyakan. | Lain-lain | 27.09.2023 |
Institusi tempat saya berkhidmat ingin memberi anugerah khas kepada seorang tetamu berpangkat Tan Sri sempena majlis konvokesyen institusi. Adakah kami boleh memberi nama anugerah khas tersebut dengan menambah perkataan 'Kehormat' Contoh: ANUGERAH KEHORMAT ..(nama Institusi)... Adakah penggunaan perkataan 'kehormat' bagi anugerah mempunyai kriteria khas? | Ungkapan kehormat digunakan secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah kehormat negara, negeri, masyarakat termasuk institusi, selain anugerah pencapaian atau kelulusan akademik. Terdapat juga konteks penggunaan kehormat bagi merujuk orang yang jasanya tidak dibayar, contohnya setiausaha kehormat. | Makna | 15.05.2019 |
SAYA INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN BERHUBUNG PENGGUNAAN PERKATAAN "YANG DIHORMATI". APABILA MENULIS SURAT KEPADA SESEORANG BERPANGKAT TINGGI, PENGGUNAAN SINGKATAN "YANG DIHORMATI" YANG MANAKAH BETUL "YDH" ATAU "Ydh"? | Dalam surat rasmi, sapaan yang digunakan ialah tuan atau puan. Sapaan Yang Dihormati boleh digunakan dalam teks ucapan dan hendaklah ditulis penuh, contohnya Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis. | Ejaan | 09.02.2010 |
Tuan, Memohon untuk memastikan pangkat untuk disertakan dalam penulisan nama dalam sijil, contohnya: Kalau seseorang berpangkat Professor, Professor Madya dan lain-lain, macamana nak letak di dalam sijil. terima kasih. | Untuk penulisan dalam sijil, kami mencadangkan nama ditulis dengan menyertakan sekali jawatan yang diperoleh oleh penerima sijil tersebut. | Lain-lain | 22.11.2013 |