Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pangkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan martabat: darjat, kedudukan, taraf, status, kufu, tahana,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkatan, tahap, paras, kedudukan, kelas, darjah, gred,

Kata Terbitan : berpangkat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah penggunaan almarhum hanya boleh digunakan untuk kerabat yang berpangkat seperti sultan, tengku mahkota dan raja muda sahaja.Almarhum ialah kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam, lazimnya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal. Walau bagaimanapun, almarhum juga boleh digunakan untuk orang kebanyakan. Lain-lain27.09.2023
Selamat sejahtera tuan/puan. Menurut Soalan Khidmat nasihat DBP pada 15/1/2008, 22/8/2014 dan 4/8/2016, "beta" boleh digunakan oleh raja dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Manakala, pada 30/11/2014, pihak tuan/puan menjawab soalan lain dengan jawapan "beta" hanya digunakan oleh Raja/Sultan sahaja, tidak termasuk keluarga diraja. Pada 7/7/2015, pihak tuan/puan cadankan putera atau puteri boleh gunakan "beta". Jadi, saya ingin memastikan lagi, adakah "beta" boleh digunakan oleh permaisuri, puteri, puteri atau kerabat diraja? Kalau tidak, apa kata ganti nama diri pertama yang sesuai untuk permaisuri/puteri/puteri/kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah/ orang bawahan/rakyat/?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang awam. Oleh itu, kata ganti nama diri ‘beta’ sesuai digunakan untuk permaisuri, puteri dan kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

Tatabahasa26.10.2022
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung

Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

 

2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta.

Makna10.12.2008
Salam sejahtera. 1. Apakah golongan yang sesuai bagi kata nama khas Matematik, tajuk filem seperti Spiderman dan Superman serta tajuk karangan seperti "Ibu Saya"? 2. Adakah gelaran seperti Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Dato Bendahara, Sultan, Permaisuri, Putera Mahkota kata nama khas? 3. Apakah kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga bagi Permaisuri, Putera Mahkota, Puteri? Terima kasih.
  1. Soalan yang pertama sukar untuk difahami. Mohon tuan/puan mengemukakan soalan yang lebih jelas dan terperinci.
  2. Menteri Pendidikan dan Dato’ Bendahara ialah kata nama khas, manakala putera mahkota, sultan, permaisuri dan perdana menteri ialah kata nama am. Sekiranya perkataan tersebut digunakan sebagai nama khas, contohnya Putera Mahkota Selangor, maka huruf besar akan digunakan pada permulaan perkataan.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 280 dan 1680 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 81 – 87.

Tatabahasa02.04.2024
Salam sejahtera tuan/puan, 1) Saya ingin bertanyakan ttg kata 'tuan'. Apakah beza 'tuan' & 'encik'? 2) Sekiranya seorang lelaki sudah berumahtangga, maka gelaran 'tuan' lebih sesuai berbanding 'encik' (tidak berumahtangga), betul? Namun adakah kriteria ini dititik-beratkan dlm penggunaan am untuk kata tersebut? 3) Atau wujudnya budaya berkonsepkan lain dlm penggunaan kata 'tuan', iaitu 'tuan' ialah gelaran terhormat & boleh digunakan dlm apa jua situasi asalkan subjek ialah seorang lelaki? Terima kasih.
Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya. 
Tatabahasa06.08.2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah perbezaan simpulan bahasa yang biasa ditulis di dalam surat permohonan/jemputan ini: 1. Rendah hati 2. Rendah diri Yang mana satukah lebih sesuai digunakan di dalam surat permohonan/jemputan? Maksud di dalam carian google tidak konsisten. Tetapi berkisar kepada rasa rendah. Secara umum, samada merendahkan kemampuan diri atau tidak sombong. Kedua-dua definisi ini digunapakai secara silih berganti. "Permohonan" dan "Jemputan" juga adalah dua situasi yang berbeza yang mungkin memberi implikasi kepada penggunaan dua simpulan bahasa yang tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih. ArnidaWassalam,

Mengikut Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua, kedua-dua simpulan tersebut terakam dan membawa maksud yang tidak jauh berbeza. 1. Rendah diri = perasaan hina: "Orang yang hendak maju hendaklah hilangkan perasaan rendah diri". 2. Rendah hati = tidak sombong: "Walaupun berpangkat tinggi tetapi dia seorang yang rendah diri". Merujuk kedua-dua kamus ini, simpulan bahasa yang sesuai untuk permohonan dan jemputan ialah "Rendah Diri".
Lain-lain29.01.2019
Assalamu'alaikum tuan, Apakah ejaan/panggilan yang betul ditulis dalam "backdrop" atau buku aturcara bagi nama Pengarah sesuatu organisasi yang belum menerima gelaran anugerah, sama ada ditulis ENCIK atau TUAN. Contohnya : "Dirasmikan oleh YBhg. TUAN ALI BIN ABU, Pengarah Jabatan Satu" atau "Dirasmikan oleh YBhg. ENCIK ALI BIN ABU, Pengarah Jabatan Satu" ?

Umumnya, ‘encik’ ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali (yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku,manakala ‘tuan’ ialah panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati. 1">

Lain-lain12.02.2015

Kembali ke atas