Laras Laporan | Terdapat berbagai-bagai jenis laporan, ada laporan tahunan, laporan kerja, laporan projek dan sebagainya. Tetapi secara amnya laras laporan kurang mementingkan gaya dan nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca atau penonton. Istilah-istilah teknikal dan khusus tidak digunakan dalam laras bentuk ini disebabkan bidang yang diperkatakan tidak menjurus kepada sesuatu bidang yang khusus. | Lain-lain | 13.12.2006 |
Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasih | Ungkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami. Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, memikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (sesuatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu menerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh. | Tatabahasa | 16.09.2013 |
saya ingin bertanyakan bagaimana cara untuk saya memastikan ejaan bagi perkataan seperti diperbanyakkan, atau sebarang perkataan yang ada kata imbuhan, sama ada dua 'k' atau dua 'g' untuk ejaan perkataan menggunakan terima kasih diatas bantuan tuan. | Kesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan ...-kan dan meN-...-kan dengan imbuhan ...-an, peN-...-an dan ke-...-an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan ...-kan dan ...-an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k. Perbezaan penggunaan k dan g dengan kk dan gg jug aboleh dikesan melalui sebutan. Lazimnya penggunaan perkataan satu k dan g, sebutannya lebih lembut dan bersahaja jika dibandingkan dengan kk atau gg seperti per.ge.ra.kan dan meng.ge.rak.kan. | Ejaan | 22.02.2012 |