Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salut (kata nama)
Bersinonim dengan pembalut, pemalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong, sadur, pembarut, pembebat, sepuh, selaput;,
Kata Terbitan : bersalut, menyalut, salutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan yang manakah yang betul untuk ayat ini: 1.Beg itu tidak "TERGALAS" atau "TERPIKUL" oleh Rahman. 2.Keris itu "BERSALUT" atau "DISALUT" emas. 3.Dia mendapati makanan sudah "DISAJI" atau "TERSAJI" dimeja.1. Ayat yang betul ialah "Beg itu tidak tergalas oleh Rahman", dan "Beg itu tidak terpikul oleh Rahman".
2. Ayat yang betul ialah "Keris itu bersalut emas".
3. Perkataan mendapati membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen. Frasa kerja, sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah “Dia mendapati bahawa makanan sudah tersaji di atas meja”.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 398.


Tatabahasa22.08.2023
salam sejahtera.... apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu bagi 'laminate'. terima kasih.
  • Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan kata Laminated ialah adj 1. layered, berlamina: ~ steel, keluli berlamina; 2. covered with a thin coating of plastic, bersalut plastik: ~ document, dokumen bersalut plastik.
  • Makna06.07.2009
    Mohon bantuan tuan, apakah maksud peribahasa berikut : 1. Bagai dagu melebihi hidung 2. Bagai lintah naik ke darat 3. Bagai muka bantal, berliur basi 4. Bagai murai tercabut ekor 5. Bagaikan empedu bersalut madu, pahitnya tiada terbilang 6. Bagaikan gading gajah betina, panjangnya tak sejengkal mana 7. bagaikan racun di dalam cawan, air di ceret ditumpahkanPeribahasa bagai murai dicabut ekor bermaksud perempuan yang suka bercakap banyak (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu). Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema.Sastera04.09.2024

    Kembali ke atas