Salam Sejahtera; Saya ingin bertanya tentang penggunaan a) .....belajar dengan sungguh-sungguh b) .....belajar dengan bersungguh-sungguh c) .....belajar bersungguh-sungguh manakah yang betul? Terima kasih. | Andrew, kedua-dua ayat ini - belajar dengan bersungguh-sungguh dan .....belajar bersungguh-sungguh - boleh digunakan tetapi kita kena lihat penggunaannya dalam ayat yang penuh. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Yang manakah satu betul? 1. bersungguh-sungguh belajar / belajar bersungguh-sungguh. 2. berkali-kali menasihatinya / menasihatinya berkali-kali 3. Adakah rumusan berikut terpakai untuk semua frasa keterangan kata kerja? [ frasa adjektif]+kata kerja. Contohnya, bergotong-royong membersihkan, bertungkus lumus memadamkan api, bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah, dan lain-lain. | Jawapan yang betul ialah belajar bersungguh-sungguh dan menasihatinya berkali-kali. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya, 1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji. 2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya. 3. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan. 4. Bunga rampai itu berbau sungguh harum. 5. Mereka berjuang bermati-matian. Untuk maklumat lebih lanjut tentang unsur keterangan dalam frasa kerja sila rujuk Tatabahasa Dewan ms. 399-402. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
penggunaan tanda baca: a)Kata ibu, "belajarlah bersungguh-sungguh." b)Kata ibu, "Belajarlah bersungguh-sungguh." mana yang betul? terima kasih.. | Struktur ayat yang betul ialah "Belajarlah bersungguh-sungguh." kata ibu. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Adik belajar dengan bersungguh-sungguh. Atau Adik bersungguh-sungguh belajar. | Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaan ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
Jika kalian belajar bersungguh-sungguh, kalian ............ berjaya. A.boleh b. dapat C.mesti D.pasti Jawapan mana yang paling tepat? | Jawapan yang paling tepat ialah D.pasti, iaitu Jika kalian belajar bersungguh-sungguh, kali pasti berjaya. | Tatabahasa | 16.08.2010 |
Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini? (a)Banyak orang beranggapan bahawa bahasa tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh? | Banyak orang beranggapan bahawa bahasa tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh, ayat ini betul. | Lain-lain | 15.10.2015 |
Saya telah dimaklumkan bahawa dengan harus diikuti dengan frasa nama. Bolehkah dengan disusuli kata adjektif ? Contohnya, dengan bersungguh-sungguh, dengan khusyuk. | Sebagai kata sendi nama, dengan di hadapan kata nama atau frasa nama digunakan untuk membawa pelabagai maksud, antaranya cara sesuatu itu dilakukan. Oleh itu ... dengan bersungguh-sungguh ..., atau ... dengan khusyuk ... boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
Saya bersungguh-sungguh mengharap pihak DBP mempergiatkan usaha mempopularkan bahasa Melayu di media sosial. Saya sarankan, dan saya harap saran ini diambil serius, berikan munsyi-munsyi DBP mengelola akaun media sosial khususnya Twitter untuk mengajar rakyat bahasa Melayu yang baik dan benar, sesuai dengan penggunaan media sosial dan menegur ahil politik yang kian lama makin tidak endahkan bahasa Melayu. Wujudkan tentera maya bagi mempromosi bahasa baik dan benar. | Terima kasih atas keprihatinan dan cadangan/saranan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu. Cadangan pihak tuan akan kami panjangkan kepada pihak atasan kami. | Lain-lain | 04.02.2019 |
Di antara ayat2 berikut, ayat mana yang betul. Mengapa ? a) Buku itu saya baca. b) Buku itu awak baca. c) Buku itu kami baca. d) Buku itu kita baca. Di antara ayat tanya berikut, yang manakah betul : Ibu menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. a) Mengapakah ibu menasihati adik ? b) Siapakah menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh ? c) Siapakah yang menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh ? d) Apakah nasihat ibu ? | a) Buku itu saya baca. b) Buku itu awak baca. c) Buku itu kami baca. d) Buku itu kita baca. Keempat-empat ayat ini betul, bentuk pasif kata ganti diri pertama dan kedua. Ibu menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Ayat tanya, apakah nasihat ibu? | Tatabahasa | 27.05.2016 |
Setiap kali (bila ditanyakan tentang soal itu) dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. A.bila bertanya tentang soal itu B.apabila ditanyakan tentang soal itu C.apabila ditanyakan soal itu D.bila ditanyakan tentang soal itu “apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan di atas?” | Setiap kali apabila ditanyakan tentang soal itu dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. | Tatabahasa | 31.07.2008 |