Apakah istilah yang bertepatan untuk perkataan "personalization". Ayat contoh: Untuk mengenalpasti elemen "personalization" yang boleh mengatasi kekangan untuk terus menggunakan sistem kesihatan. | Padanan dalam bahasa Melayu yang lebih tepat untuk perkataan "personalization" ialah "personalisasi" | Istilah | 11.10.2022 |
Adakah SENTUHAN QASEH BONDA bertepatan dengan syarat kelulusan DPB.? | Sekiranya nama SENTUHAN QASEH BONDA hendak digunakan sebagai nama perniagaan dan untuk mendapatkan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan daripada DBP, tuan hendaklah menggunakan nama yang telah didaftarkan dengan SSM atau nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan baik dan betul, iaitu SENTUHAN KASIH BONDA.
| Lain-lain | 14.06.2022 |
Saya ingin maklumat berkenaan penggunaan perkataan "yuran" yang bertepatan di dalam iklan. Sebagai contoh iklan terpapar : 'DIJEMPUT HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. YURAN RM 5 SEORANG. SIJIL DAN MAKAN DISEDIAKAN.' Mana satukah yang lebih tepat, YURAN atau PENDAFTARAN? Mohon dapat penjelasan atas kekeliruan ini. Terima kasih. | TUAN/PUAN DIPERSILAKAN HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. BAYARAN SEBANYAK RM5 DIKENAKAN UNTUK SETIAP PESERTA TERMASUKLAH MAKAN MINUM SEWAKTU BERKURSUS. SETIAP PESERTA AKAN DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN. | Tatabahasa | 07.04.2011 |
Saya ingin bertanyakan kesesuaian pernyataan berikut sebagai tema persidangan: Penulisan pernyataan berikut yang manakah paling bertepatan? a. Kenali Ubat, Duta Hebat, Komuniti sihat. atau b. Kenali Ubat : Duta Hebat, Komuniti Sihat. Untuk makluman, duta disini merujuk kepada wakil masyarakat yang telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertindak sebagai agen perubahan dalam memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah secara berkualiti. | Kami mencadangkan pernyataan b. , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Komuniti Sihat. | Lain-lain | 22.01.2018 |
Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia | Istilah | 25.04.2008 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk nama khas ini - Blue Economy Advancement Centre. Adakah Pusat Pemajuan Ekonomi Biru bertepatan? | Cadangan jawapan yang betul ialah Pusat Kemajuan Ekonomi Biru Untuk makluman, padanan perkataan atau istilah ini bergantung pada konteks atau konsep penggunaan ayat mengikut bidang tertentu. | Makna | 06.09.2024 |
menggunakan_________surat khabar sebagai lapik duduk. A sekerat C sekeping B sehelai D selembar MUNSYI, JAWABAN IALAH SELEMBAR,ADAKAH JAWABAN INI BERTEPATAN? tk PETUNJUK MUNSYI SELAMA INI | Jawapan yang betul ialah sehelai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ? | Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Salam, Topik: Terjemahan Bidang: Teknologi Maklumat Pohon pandangan DBP perihal istilah "setting" spt computer setting, module setting dan seumpamanya. Saya berpendapat "tetapan" bertepatan walaupun penulisan kini mengguna terjemahan yg bermacam-macam. TK | Untuk makluman padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan. | Istilah | 27.12.2011 |
Adakah perkataan "berzina" tabu dalam konteks umum? | Perkataan berzina terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan dalam konteks yang bertepatan dengan maksudnya. | Lain-lain | 19.04.2011 |