Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia Istilah25.04.2008
Padanan Perkataan1. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM. 2. Dafatar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM secara maksimum. 3. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mendapat akses maksimum. pihak tuan boleh memilih salah satu yang difikirkan paling sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin disampaikan. sekiranya tidak sesuai, tuan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut.Tatabahasa27.08.2014
1)apakah punca-punca pencemaran bahsa melayu? 2)apakah langkah-langkah mengatasi pencemaran bahasa melayu?Bahasa Melayu tercemar kerana penggunanya tidak berpegang pada tatabahasa, ejaan, tanda baca, istilah, dan sebagainya termasuk sebutan yang diamalkan oleh penuturnya. Kini telah wujud bahasa rojak dan bahasa SMS yang sama sekali tidak bertepatan dengan struktur bahasa Melayu yang baku. Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah pengguna hendaklah menguasai kemahiran dan pengetahuan bahasa Melayu dan menggunakanya secara betul sama ada dalam liusan atau tulisan.Makna25.07.2006
Berdasarkan karya sastera yang anda kaji, sejauh manakah karya tersebut dapat mencerminkan kehidupan masyarakat. adakah soalan yang saya bina ini berketepatan dengan bahasa.1.  Perkataan "Berketepatan" tidak tepat. Yang sesuai ialah "bertepatan"

2.  Ayat yang tuan bina itu betul dari segi bahasa.
Lain-lain07.04.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong kepada DBP untuk menterjemahkan: 1. A kernel of corn 2. A grain of wheatUntuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu untuk perkataan yang dikemukakan. Berdasarakan rujukan dalam internet, "a kernel of corn" dan "a grain of wheat" merujuk kepada biji jagung dan biji gandum. Sekiranya tidak bertepatan dengan keperluan tuan, sila berikan konteks penggunaan atau contoh ayat untuk rujukan kami. Istilah26.07.2016
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang sistem pernomboran dalam Minit Mesyuarat. Amalan sebahagian besar jabatan kerajaan ialah menggunakan sistem nombor 1, 2, 3 dan roman untuk setiap agenda yang berlainan (seperti lampiran). DBP juga melalui jawapan dalam Khidmat Bahasa menggunakan sistem yang sama. Walau bagaimanapun, ada jabatan kerajaan (JPN) yang mengarahkan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran mereka menggunakan sistem pernomboran yang berbeza dalam penulisan minit mesyuarat mereka. Menurut mereka amalan ini diambil berdasarkan Contoh Minit Mesyuarat dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 (dilampirkan). Adakah tafsiran mereka berkaitan contoh minit ini betul? Jika tafsiran itu salah, bagaimanakah salurannya untuk kita menjelaskan bahawa tafsiran sebenar tentang contoh minit tu tidak bertepatan dengan sistem pernomboran dalam penulisan minit mesyuarat?Dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Selain itu, format minit mesyuarat ditentukan oleh  jabatan/organisasi masing-masing. Hal ini disebut sebagai gaya penerbitan sesebuah jabatan/organisasi dan jabatan/organisasi tersebut boleh mengarahkan jabatan/bahagian/organisasi di bawahnya mengikut format yang sama.Lain-lain16.04.2012
Roselina Abdul Aziz Feb 7th, 10:58pm Assalamualaikum w.b.t... Saya terima maklumat ini berkaitan terma Tengahari, iaitu dr pukul 12.00-1.59 pm. dr whassap. Persoalan saya, maklumat ini sahih atau tidak? Saya sebagai guru Bahasa Inggeris keliru kerana sistem masa ini tidak bertepatan dengan istilah Noon yg merujuk tepat2 pukul 12. Saya mohon penjelasan kerana saya perlu perjelaskan pada pelajar2 saya sistem masa yang digunapakai, terkini di Malaysia. Makluman dan tindakan untuk semua Sistem pemenggalan waktu - Kategori Waktu (Sumber DBP) Sila gunakan..... Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 Diharap semua warga Sek yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini. 'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa' Terima kasih. ABDUL RAHMAN JURI Munsyi DBPWaalaikumusalam.. Puan, maklumat yang disampaikan itu benar.Ejaan07.02.2015
A'kum dan salam 1 Malaysia, saya merupakan pelajar PhD daripada UPM. Saya ingin mendapatkan khidmat alih bahasa bagi istilah Bahasa Inggeris di bawah untuk tujuan tesis saya. Untuk makluman, saya menjalankan kajian dalam bidang Psikologi Pendidikan.Perkataan di dalam kurungan adalah istilah yang saya gunakan tanpa merujuk kepada mana-mana pakar bahasa. Mohon ulasan dan pencerahan daripada pihak DBP. 1. Interest-Major Congruence (Keselarasan Minat-Kursus) 2. Demands-Abilities Congruence (Keselarasan Permintaan-Kebolehan) 3. Needs-Supplies Congruence (Keselarasan Keperluan-Perolehan) Terima kasih atas maklum balas yang diberikan.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk  istilah yang dikemukakan. Untuk makluman puan, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "congruence", iaitu selaras, penyesuaian, serba sama dan kongruens. Istilah untuk "major" pula ialah major atau pengkhususan. Oleh itu, istilah "Interest-Major Congruence" mungkin boleh diberi padanan Keselarasan Minat-Pengkhususan. Walau bagaimanapun, padanan ini bergantung pada konsep istilah tersebut. Oleh itu, istilah-istilah yang dicadangkan boleh digunakan sekiranya bertepatan dengan maksud yang ingin disampaikan. 
1. Interest-Major Congruence - Keselarasan Minat-Kursus/Keselarasan Minat-Pengkhususan
2. Demands-Abilities Congruence - Keselarasan Permintaan-Kebolehan
3. Needs-Supplies Congruence - Keselarasan Keperluan-Perolehan
Istilah03.07.2013
Saya dalam urusan memohon kelulusan papantanda iklan syarikat (Qaseh Nursing Care Sdn Bhd.) di Melaka menerusi Majlis erbandaran Hang Tuah Jaya. Syarikat ini menjalankan kegiatan memberi khidmat kejururawatan dan ahli fisioterapi bergerak ke rumah-rumah (mobile nursing). Tajuk papantanda saya "JURURAWAT DAN FISIOTERAPI BERGERAK" telah ditolak oleh DBP. Minta diubah kepada "PERKHIDMATAN JAGAAN DI RUMAH".1) Mengapa DBP menolak perkataan JURURAWAT BERGERAK kerana dia adalah terjemahan daripada MOBILE NURSING.2) PERKATAAN JURURAWAT adalah perkataan Bahasa Malaysia yang ada dalam kamus DBP 3) "Nature of Busines" kami sememangnya bertepatan kerana pekerja kami adalah jururawat bertauliah yang memberi kidmat kejururawatn bukan sekadar jagaan. 4) Perkataan JAGAAN yang disyorkan boleh memberi tafsiran yang tersasar dari maksud sebenar merawat kerana JAGAAN DI RUMAH juga memberi konotasi jagaan keselamatan (Jaga/guard) 5) Konsep Home Nursing atau Mobile Nursing memang agak baru di negara kita dan terjemahan tidak diragukan kepada istilah tersebut dalam bahasa kita ialah "Jururawat di rumah" atau "Jururawat Bergerak" mengapa saya dilarang menggunakan perkataaan JURURAWAT dalam papantanda perniagaan dimaksudkan. Sekian dan salam hormat.Untuk makluman, istilah "Home Nursing" telah dibincangkan dalam Sidang Pakar Ke-20 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 2006. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan istilah "Jagaan di Rumah" untuk istilah "Home Nursing".Istilah20.07.2011

Kembali ke atas