Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih. | Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Apakah perbezaan antara "izini" dengan "izinkan"? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Contoh pertama, Ahmad mengizinkan/ mengizini Shami tinggal di rumahnya. (Sekiranya "mengizinkan", maka bermaksud, Ahmad memberikan Shami izin untuk tinggal di rumahnya . Bagaimana pula sekiranya "izini"?). Contoh kedua, Musri menjawab, "Izinkanlah/ Izinilah saya berterus terang." Dalam kedua-dua ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah izini atau izinkan? Mohon beri pendapat. Sekian, terima kasih. | Yang baku ialah izinkan dan tidak ada contoh penggunaan izini dalam sumber rujukan kami. Begitu juga dengan mengizini tidak ada contoh penggunaan kata terbitan tersebut, yang ada perkataan mengizinkan yang bermaksud memberi izin kepada - Ahmad mengizinkan Shazimi tinggal di rumahnya dan Izinkanlah saya berterus terang. | Tatabahasa | 03.06.2010 |