Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.zia.rah] | برزياره

Definisi : 1. berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dll): beliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; 2. berkunjung ke rumah (tempat dll): seorang pun teman-temannya tidak ada lagi yg sudi ~ kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.zia.rah] | برزياره

Definisi : berkunjung ke rumah seseorang atau pergi ke sesuatu tempat: Semasa di Madinah, mereka ~ ke makam Nabi Muhammad SAW. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ziarah (kata nama)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kunjung, lawat, tengok, jenguk, jengah;,
Kata Terbitan : berziarah, menziarahi, ziarahan, penziarah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ada dua pertanyaan: 1. Adakah penggunaan "menziarah" dalam ayat, "Kita akan menziarah ke masjid-masjid terkemuka" betul? Yang manakah lebih sesuai, "menziarah" atau "berziarah"? 2. Penggunaan elipsis dalam belon dialog komik (comic bubble) adakah sama seperti penggunaan elipsis dalam penulisan, selepas elipsis ... dimulakan dengan huruf kecil (utk ayat yang terhenti, henti). Terima kasih.1. Ayat yang sesuai ialah “ Kita akan berziarah ke masjid-masjid terkemuka”.

2. Penggunaan elipsis dalam dialog komik sama seperti penggunaan elipsis dalam penulisan.



Tatabahasa26.05.2025

Kembali ke atas