Apakah perbezaan "bukan sahaja...malahan" dan "bukan sahaja... tetapi juga" ? Terima kasih.. | Frasa "bukan sahaja" dan "malahan" dalam satu ayat lazimnya digunakan dalam ayat yang menandakan ada pertambahan sifat/keadaan daripada kenyataan yang pertama. Frasa "bukan sahaja" dan "tetapi" dalam satu ayat lazimnya digunakan apabila terdapat perbezaan hal/keadaan daripada kenyataan yang pertama. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
Dadah _____ menyebabkan ketagihan _____ juga turut membawa maut. Ayat tersebut perlu guna bukan sahaja...malahan ataupan bukan sahaja--- tetapi | Perkataan yang betul ialah bukan sahaja dan malahan. Contoh dalam ayat, Dadah bukan sahaja menyebabkan ketagihan, malahan juga turut membawa maut. | Tatabahasa | 23.10.2021 |
Dia bukan sahaja rajin bahkan juga/malah/malahan pemurah. Ayat di atas betulkah? kata bukan sahaja... patut dipadankan dengan kata malah/malahan/bahkan juga ? yang mana satu padanannya? patutkah tanda koma diletakkan selepas kata rajin? tolong berikan contoh ayat untuk kata hubung berpasangan 'bukan sahaja... tetapi juga'. terima kasih. | Lazimnya frasa "bukan sahaja" boleh diikuti oleh perkataan malah, malahan dan bahkan dalam ayat tersebut kerana ketiga-tiga perkataan membawa makna yang sama. Tidak perlu tanda koma selepas perkataan rajin dalam ayat tersebut.
| Tatabahasa | 12.06.2012 |
adakah penggunaan kata hubung berpasangan bukan sahaja... bahkan juga sama dengan bukan sahaja ... tetapi juga? boleh beri ayat sebagai contoh? adakah terdapat perbezaan antara kedua2 kata hubung berpasangan ini? | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami.Diingatkan bahawa Tatabahasa Dewan tidak menerima kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis. Contoh ayat Agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan pendinding daripada godaan hawa nafsu dan Beliau bukan sahaja penyeri, tetapi juga penggegar gelanggang. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
saya perlukan contoh ayat untuk kata hubung berpasangan bukan sahaja, tetapi juga, tq | Contoh yang ada dalam pangkalan data kami, antaranya: Agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan pendinding daripada godaan hawa nafsu dan Beliau bukan sahaja penyeri, tetapi juga penggegar gelanggang. | Tatabahasa | 19.06.2012 |
asslm. saya hanya ingin bertanya tentang ayat saya yang menggunakan perkataan bukan sahaja dan malah. contohnya, "mereka bukan sahaja boleh bergurau malah boleh berpelukan." betulkah ayat ini? atau dimanakah silapnya? minta bantuan. TK. | Penggunaan kedua-dua kata/frasa tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 08.06.2011 |
Assalamualaikum, mohon semakan ayat berikut: "Program ini bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Animasi 2D malahan dapat mengimplementasikan ke dalam kerjaya di dalam bidang berkaitan Multimedia Kreatif." Terima kasih. Munirah binti Ahmad Zaki Kolej Komuniti Kuala Langat | Ayat yang betul: "Program ini bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang animasi 2D, malah dapat diterapkan dalam kerjaya yg berkaitan dgn multimedia kreatif." | Lain-lain | 19.01.2021 |
Salam sejahtera, Sebagai pencinta bahasa Melayu, saya mengambil berat tentang penggunaan tanda baca dalam penulisan, terutamanya tanda koma ( , ). Yang betul yang mana? (a) Hal ini demikian kerana, ... atau Hal ini demikian kerana ... (b) ...bukan sahaja untuk para pelajar, bahkan untuk para guru atau ...bukan sahaja untuk para pelajar bahkan untuk para guru. Adakah tanda koma perlu dalam kedua-dua contoh ini? Dalam ayat (a), jika tanda koma perlu, bagaimana dengan "Jenayah menjadi-jadi kerana ..."? Dalam ayat (b), jika tanda koma perlu, bagaimana dengan"baik untuk para pelajar mahupun untuk para guru"? Soalnya, adakah tanda koma perlu digunakan dalam kata hubung berpasangan? Adakah tanda koma perlu digunakan sesudah kata hubung pancangan keterangan musabab? Sekian. Salam hormat, Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Untuk makluman tuan, kami di DBP berpegang hanya pada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Jika berlainan daripada apa yang ditulis, hal berkenaan di luar bidang kuasa kami. Untuk lebih jelas, mohon rujuk halaman 64. | Tatabahasa | 22.12.2016 |
"Kesunyian beliau pada zaman tua bukan sahaja berpunca daripada/dari hidup berseorangan, tetapi juga..." Apakah kata sendi yang sesuai dalam konteks ini? Terima kasih. | Kata sendi yang betul ialah "daripada". | Tatabahasa | 05.03.2007 |
Tuan, Adakah ayat di bawah gramatis? 1. Bukan sahaja kehidupan rakyat menjadi lebih membebankan, bahkan juga keluhan dalam kalangan masyarakat telah timbul. Terima kasih. | Ayat tersebut kurang gramatis. Cadangan yang lebih sesuai ialah Kehidupan rakyat lebih terbeban, justeru keluhan mulai timbul. | Tatabahasa | 22.03.2018 |