Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah da­ging yg baru (dr binatang yg baru disem­belih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lem­but dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan be­nang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat ke­lebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi duri­an itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1 isi badan di antara kulit dgn tulang: ~ lembu ada dijual di pasar. 2 isi buah (spt buah mempelam, durian) yg lembut. ~ batang pinang daging lembu, kerbau dsb yg lembut dan kurang lemak drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha. berdaging 1 mempunyai daging. 2 gemuk; berisi. mendaging 1 menjadi tebal isinya (bkn buah-buahan): Isi durian itu sudah mula ~. ~ ayam sudah tebal dan penuh isinya (bkn durian) dan sudah cukup masak. 2 mula sembuh (luka dll): Lukanya belum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daging

Puisi
 

Daging ada berbatang tiga,
     Orang berjemur di batang padi;
Saya hendak kasih bertiga,
     Rasa kiamat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lemak penyelar daging.

Bermaksud :

Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
daging cincang ATAU daging cencang......yang mana betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, cincang dan cencang mempunyai maksud yang sama. Dalam pangkalan data kamim juga terdapat kedua-dua istilah tersebut. Oleh itu, daging cincang dan daging cencang adalah betul.Istilah26.04.2012
mana satu betul? 1)mencincang daging @mencenceng daging 2)mencium durian @mengcium durian 3) sayatidak upaya melayan kerenahnya atau saya tidak berupaya untuk melayan karenahnya. 4)usaha membenteras maksiat itu patut dipuji @ usaha membanteras maksiat itu patut dipuji.

Penggunaan yang betul ialah: 1) mencenceng daging; 2)mencium durian; 3)  saya tidak berupaya untuk melayan kerenahnya; dan 4) usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. Untuk mendapatkan tentang ejaan dan tatabahasa, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan (kata kunci) yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai bidang termasuklah kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya.

Tatabahasa14.05.2011
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk "daging kambing". Adakah "mutton" istilah yang sesuai? Mutton boleh membawa maksud "daging biri-biri (sheep=biri-biri/ lamb=biri-biri muda)", bukan hanya bermaksud "daging kambing" sahaja." Ada istilah bahasa Inggeris yang hanya mewakili maksud "daging kambing" sahaja? Mohon pencerahan dan terima kasih.Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "mutton" bermaksud daging kambing atau daging kambing biri-biri.Makna05.04.2013
pembekal secara halal daging baharupembekal daging baharu dan makanan laut halalTatabahasa12.06.2008
Dia mencencang daging itu hingga lumat / Dia mencincang daging itu hingga lumat?Dia mencencang daging itu hingga lumat. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cencang dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cincang untuk maklumat lanjut.Tatabahasa15.02.2012
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih

1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia".

2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi".

3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. 

Tatabahasa10.10.2009
Penggunaan nama DAGING CENTRE sebagai nama perniagaan. Mohon petunjuk dari tuan kesalahan gabungan dua perkataan tersebut. untuk makluman tuan, permohonan nama perniagaan DAGING CENTRE ditolak atas alasan percampuran bahasa melayu dang inggeris. Pencampuran bahasa bagi tujuan nama kha, i.e. nama perniagaan sepatutnya tidak menjadi kesalahan. Mohon tuan membantu saya bagi menerangkan kepada SSM tentang perkara ini. Sekian, Terima Kasih Yang Benar Mohd Maliki

Tindakan pihak SSM yang tidak meluluskan penggunaan nama Daging Centre adalah betul kerana wujudnya percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam menamai syarikat tuan. Penamaan Daging Centre juga tidak mencerminkan citra dan jati diri bangsa Malaysia. Undang-undang kecil/akta yang termaktub juga menegaskan supaya penggunaan bahasa Melayu diutamakan, rujuk Seksyen 22, Akta Syarikat 1965 dan Warta Kerajaan Persekutuan, Bil. 4180, Akta Syarikat 1965 (AKTA 125). Tuan juga boleh merujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang diterbitkan oleh DBP untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa02.12.2009
harga siling untuk daging ayam yang belum dibersihkan telah ditetapkan sebanyak RM5.00 sekilogram oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. kenapa kesalahan tatabahasa di atas adalah daging ayam?saya berpendapat kesalahan bahasa ialah siling?

Dalam ayat tersebut, daging ayam salah. Perkataan yang lebih sesuai dan betul ialah seekor ayam. Siling adalah betul dalam konteks penggunaan ayat tersebut yang bermaksud harga tertinggi. Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
'Lauk daging itu dipanaskan oleh kakak supaya tidak basi'. Saya hendak bertanya, perkataan 'basi' dalam ayat di atas tergolong dalam 'kata kerja' atau 'kata adjektif'? Ayat kedua, "Nasi yang ditanak oleh ayah hangit kerana dia terlupa hendak menutup api dapur." Adakah perkataan 'hangit' tergolong dalam 'kata kerja' atau 'kata adjektif'? Sekian, terima kasih.Kedua-duanya kata adjektif.Tatabahasa27.11.2012
NO PORK, NO AFTER-TASTE, NO HEADACHE. bolehkah diterjemah sebagai TIADA DAGING HARAM, TIADA RASA PAHIT, TIADALAH/HILANGLAH SAKIT KEPALA ?Tiada daging babi/khinzir, tiada kesan, tidak memeningkan kepalaEjaan09.08.2006
1234

Kembali ke atas