Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya hendak bertanya apakah perbezaan di antara penggunaan perkataan migrasi, imigrasi dan imigresen? Adakah penggunaan perkataan imigrasi bersamaan dengan imigresen? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
i. migrasi - 1. perpindahan penduduk dari sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat lain 2. perpinĀ­dahan (burung) dari satu tempat ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim
ii. imigrasi - perihal masuk ke negeri asing untuk menetap
iii. imigresen - pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport untuk warganegara dsb.
Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, perkataan "imigrasi" dan "imigresen" adalah berbeza.
Makna03.05.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat satu istilah yang sering diguna pakai dalam tulisan cereka sains inggeris iaitu "teleportation" atau "teleport" sebagai kependekan. Konsep "teleportation" adalah untuk memindah sesuatu, objek atau benda hidup, dari satu tempat ke tempat yang lain (merentasi ruang dan masa) dalam kadar segera, tidak sampai sesaat. Bolehkah saya menterjemahkan istilah tersebut kepada "ghaib muncul" kerana jika diperhatikan filem cereka sains, apabila menggunakan "teleportation machine", benda atau orang itu akan ghaib dari tempat asalnya dan muncul di lokasi pilihan? Jadi, saya rasa istilah - istilah seperti "teleportation machine", "ability to teleport" dan "teleported" boleh diterjemahkan sebagai "mesin ghaib muncul", "kebolehan untuk ghaib muncul" dan "dighaibmunculkan". Apakah pendapat pihak DBP? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut;

1. teleportation machine  - mesin teleportasi
2. ability to teleport - kebolehan/kemampuan/keupayaan teleportasi
3. teleported - diteleportasikan
Istilah18.07.2016
Tuan/Puan, Saya Nurrisa, dari PNB ingin memohon pandangan dan nasihat Tuan/Puan tentang penggunaan bahasa di panel informasi di tempat-tempat pelancongan. PNB sedang membina menara ikonik Merdeka 118 dan bercadang untuk membina sebuah dek observasi bersama panel informasi yang menceritakan tentang pembangunan Merdeka 118, sejarah Malaysia, dan sebagainya. Oleh itu, memandangkan Merdeka 118 akan menjadi pusat pelancongan antarabangsa pada masa akan datang, bolehkah penggunaan Bahasa Inggeris lebih diutamakan di panel informasi dek observasi tersebut? Nasihat pihak Tuan/Puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, apa-apa sahaja maklumat yang hendak disampaikan kepada khalayak, penggunaan bahasa Melayu hendaklah diutamakan melebihi bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa yang lain.Lain-lain16.11.2020
Penggunaan Perkataan "DARI" dan "daripada".Dari digunakan bagi maksud menunjukkan masa, tempat dan arah. Contoh : Dari pukul 3.00 hingga pukul 5.00, dari Ipoh ke Taiping, dari timur ke selatan. Daripada pula menunjukkan sumber/punca dan perbandingan. Contoh : kain diperbuat daripada kapas, Ahmad lebih pandai daripada Abu.Lain-lain09.06.2010
Apakah perbezaan antara parit dengan longkang dari segi penggunaan?Kegunaan parit adalah untuk mengalirkan air ke luar atau longkang. Ia juga bermaksud lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dalam peperangan. Selain itu, parit juga digunakan sebagai tali air untuk mengairi sawah dan lain-lain

Longkang pula digunakan sebagai parit tempat mengalirkan air kotor. 
Lain-lain22.09.2021
APA PERBEZAAN KATA SENDI DARI DAN DARIPADA?perkataan dari hanya digunakan untuk menunjukkan tempat, arah dan masa sahaja. Terima kasih.Lain-lain21.01.2007
Bagaimana pula dengan Ulu Tiram Sentral ? Bolehkah ia dirujuk sebagai stesen pengangkutan awam bas dan teksi di Ulu Tiram?Mengikut Kamus Dewan, sentral boleh merujuk maksud yang menjadi pusat (pejabat-pejabat dan lain-lain), ibu (pejabat dan lain-lain). Maka, daripada makna ini, kita melihat adanya contoh KL Sentral yang bukan sahaja pusat pengangkutan awam juga kedai, restoran, dan pejabat. Dari aspek bahasa, Ulu Tiram Sentral boleh sahaja merujuk sebagai stesen pusat pengangkutan awam(bas dan teksi). Sukacita kami mencadangkan tuan mendapatkan kepastian dengan pihak PBT di tempat tuan sama ada penggunaan ini dibenarkan atau tidak dari aspek undang-undang kerajaan tempatan pula.Makna28.08.2014
Mohon pencerahan tentang penggunaan dari dan daripada untuk frasa berikut: dari luar atau daripada luar, daripada pagi sampai malam, daripada mula lagiSekiranya merujuk tempat dan masa, frasa yang betul ialah "dari luar negara" dan "dari pagi sampai malam".Lain-lain02.03.2016
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "runner" dalam konteks seseorang yang diupah untuk berkejar-kejaran dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain untuk menghantar/mengambil dokumen, wakil membuat permohonan sesuatu perkara, membeli barang dll. Contoh istilah bahasa Inggeris ialah "JPJ runner". Terima kasih.Kami mencadangkan perkataan “utusan” atau “wakil” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “runner” dalam konteks maksud yang diberikan.Istilah14.11.2018
APAKAH SUMBANGAN DARWIS HARAHAP TERHADAP BAHASA MELAYU?

Saudara Norizan,

Darwis Harahap banyak menulis buku , antaranya Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu, Pembinaan Kata Kerja dari Sudut Makna, Binaan Makna dan lain-lain. Saudara boleh merujuk buku-buku ini di perpustakaan di IPTA tempat saudara mengikuti pengajian. 

Lain-lain21.01.2010
12345678910...

Kembali ke atas