Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kekuasaan utk memiliki sesuatu, pemilikan (kepunyaan) yg sah: ~ tanah mestilah dicatatkan di dlm buku pendaftaran ~; ~ mutlak hak milik yg penuh atas sesuatu; mengehakmilikkan menjadikan (meng­am­bil sbg) hak milik: kerajaan telah ~ tanah-tanah di kawasan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hak utk memiliki sesuatu (spt tanah, harta); kuasa. menghakmilik­kan mengambil atau menjadikan sbg hak milik: Pihak berkuasa telah ~ kawasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,

Peribahasa

Sarang unam dimasuki ketam,
     menjadi umang-umang.

Bermaksud :

Menyamarkan diri kerana sesuatu muslihat; orang yang suka menggunakan hak milik orang lain. unam = sejenis siput.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana ayat yang betul untuk digunakan 1) Hak milik harta Intelek ATAU 2 Hak milik harta intelektual Mohon bantuan dan alasanya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Hak milik harta intelek". 

Intelek bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya).

Inteléktual pula bermaksud orang (golongan, kaum) terpelajar; golongan cerdik pandai; cendekiawan.



Lain-lain26.05.2023
Adakah "proprietary technology" dalam BM menjadi "proprietary hak milik sendiri" ? (milik syarikat) contoh ayat: "Repairs using our proprietary technology." menjadi "Pembaikan menggunakan tenologi hak milik sendiri" ?

Istilah "proprietary" dalam bahasa Melayu ialah “proprietari” (Perubatan), “tuan punya” (Undang-undang) dan “hak milik” (Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran Perniagaan). 

 

Dalam konteks bidang Pentadbiran Perniagaan, istilah "proprietary technology" dalam bahasa Melayu ialah “teknologi hak milik. Walau bagaimanapun, padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang ilmu.

 

Untuk mengetahui ejaan, makna kata atau istilah, pengguna boleh membuat semakan melalui laman sesawang:  www.prpm.dbp.gov.my. 
Istilah11.09.2023
Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2012) Hakmilik atau Hak Milik? Mohon nasihat tuan/puan dan sebab.Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) telah diwartakan dan dianggap sebagai kata nama khas. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum.Ejaan19.07.2012
1)hak milik 2)e-mel1)hak milik 2)e-melEjaan09.09.2011
1) adakah perkataan "hak milik" merupakan kata majmuk? sila berikan penjelasan... 2) adakah perkataan "selepas" merupakan kata tunggal?? apakah proses yang terjadi dalam perkataan "selepas", kerana kata dasarnya adalah "lepas"

Saudara Norliana,

i. Perkataan 'hak milik' ialah kata majmuk berbentuk istilah, iaitu rangkai kata yang membawa satu konsep.  

ii. Kata selepas ialah kata terbitan bukan kata tunggal yang menerima imbuhan berbentuk awalan 'se'.

 

Tatabahasa15.03.2010
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantunganEjaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini.Ejaan15.10.2008
Apakah perkataan BM untuk "Proprietary". Contoh: "Proprietary technology", konteks adalah teknologi buatan sendiri/hak milik syarikat. Adakah "proprietari" boleh digunakan dalam BM?

Istilah "proprietary" dalam bahasa Melayu ialah “proprietari” (Perubatan), “tuan punya” (Undang-undang) dan “hak milik” (Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran Perniagaan). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang ilmu. 

Untuk mengetahui ejaan, makna kata atau istilah, pengguna boleh membuat semakan melalui laman sesawang:  www.prpm.dbp.gov.my. 

 



Istilah06.09.2023
Ayat mana yang betul a) Hakmilik GRN 1234 dikategori sebagai hakmilik hancur b) Hakmilik GRN 1234 diklasifikasi sebagai hakmilik hancur Yang mana betul a atau bAyat yang betul, Hak milik GRN 1234 diklasifikasikan sebagai hak milik hancur.Tatabahasa17.12.2015
Cadangan ayat 'Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti'. Tepatkah penggunaan perkataan 'autoriti' dalam menyampaikan maksud ayat di atas? Iaitu sesiapa yang tidak memiliki kuasa yang dibenarkan tidak boleh mengakses dokumen berkenaan.Perkataan "autoriti" boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu  "Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti".Makna17.07.2020
Assalamualaikum... Macam mana nak buat perakuan hak milik dan surat iringan bagi tujuan penghantaran manuskrip?? Nak dapatkan dari mana?Waalaikumsalam.
Tuan bolehlah menghubungi Jabatan Penerbitan di talian 03-2147 9536/9537
Karya12.02.2015
1234

Kembali ke atas