lain-lain hal atau hal-hal lain, yang mana satu betul?? | Yang betul ialah hal-hal lain. | Tatabahasa | 30.04.2009 |
Perbezaan di antara perkataan lain-lain hal dan hal-hal lain yang biasa nya di catit di dalam minit mesyuarat. | Saudara, Yang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 29.06.2010 |
Saya masih lagi keliru tentang peggunaan frasa "Lain-lain hal" dan "Hal-hal lain" yang sering digunakan oleh rakan-rakan dalam penulisan agenda minit mesyuarat. Jadi, diantara kedua-dua frasa tersebut yang manakah lebih tepat dan betul strukturnya ? Jika tidak keberatan, saya inginkan sedikit penjelasan tentang kewujudan kedua-dua frasa tersebut. Terima kasih, tuan/puan. | Saudara, mengikut Hukum D-M dalam bahasa Melayu, frasa hal-hal lain betul dan frasa lain-lain hal salah. D (hal) ialah unsur diterangkan dan M (lain) ialah unsur yang menerangkan. | Tatabahasa | 22.11.2010 |
Asalamulaikum tuan, Ingin saya tahu perbezaan dan benar atau salahnya salah satu daripada istilah-istilah berikut iaitu: - "Hal-hal lain atau Lain-lain hal" Sekian, jawapan tuan adalah dihargai. Terima kasih. | Yang betul ialah Hal-hal Lain. | Tatabahasa | 05.05.2008 |
Assalamualikum wbth., Tuan, Apakah perkataan yang tepat yang perlu digunakan dalam membuat minit mesyuarat bagi perkataan ini: - "Hal-hal lain ataupun lain-lain hal" Diharap tuan dapat membantu. Sekian terima kasih. | Yang betul ialah Hal-hal Lain. | Tatabahasa | 28.04.2008 |
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih. | 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah : Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ... 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan Hal-hal lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos Sos tomato 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.
| Tatabahasa | 23.04.2013 |
salam, frasa manakah yang lebih tepat "hal ini" dengan "hal ini demikian"? | Frasa yang tepat ialah "hal ini" atau yang lebih lengkap ialah "hal ini terjadi demikian kerana", iaitu hal ini sebagai subjek (Frasa Nama) + terjadi (Kata Kerja) + demikian (Adverba) kerana Adverba mesti didahului Kata Kerja atau Kata Sendi Nama. | Tatabahasa | 09.03.2012 |
As Salam . di sini terdapat beberapa kekeliruan mana satukah yang betul digunakan. 'janji temu' atau 'temu janji ' manakah yang betul? 'hal-hal lain?' lain atau 'lain-lain hal ?' manakah yang lebih betul? bagi masa pula, kenapa tidak boleh digunakan jam 9.00 pagi , sebetulnya pukul 9.00 pagi . boleh Encik Sulaiman berikan alasan bagi perkara di atas. Sekian terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah janji temu, hal-hal lain. Bagi masa pula, penggunaan perkataan jam atau pukul, kedua-duanya betul dan boleh diterima pakai. | Istilah | 12.04.2010 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penanda wacana. Antara 'Hal ini demikian kerana' ataupun 'Hal ini kerana', yang manakah menunjukkan penanda wacana yang betul?Jika tuan mengatakan 'Hal ini demikian kerana' adalah benar, adakah ini bermakna penggunaan 'Hal ini kerana' ataupun sebarang penggunaan perkataan lain dianggap sebagai kurang tepat kerana tidak mengikut setiap butir perkataan tersebut?Adakah PENANDA WACANA itu sendiri bermaksud, kita harus mengikut setiap butir perkataannya? Sekian, terima kasih. | "Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana". | Tatabahasa | 14.08.2012 |
Salam sejahtera. Pertanyaan saya: Yang manakah betul? Ini kerana... ,ATAU Hal ini kerana..., ATAU Hal ini demikian kerana..., ATAU Hal ini berlaku demikian kerana... terima kasih. | "Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana". | Tatabahasa | 09.07.2013 |