MASA KINI / MASA INI/ KINI SEMASA KE SEMASA / MASA KE SEMASA HAL INI / INI | Ungkapan yang betul ialah masa kini dan dari masa ke masa atau semasa ke semasa. | Tatabahasa | 11.12.2007 |
Ibn Hajar Al-Asqalani 5HB JULAI 3.44 PTG Assalamualaikum..sy ingin bertanye..apakah perbezaan perkataan dari semasa ke semasa dan pada setioa masa..adakah kedua2 perkataan ini sama maksud atau maksud berbeza?terima kasih.. *pada setiap masa harap dapat membantu | Kedua-dua frasa mempunyai maksud yang hamper sama, hanya konteks penggunaannya sahaja yang beza. Dalam hal mengemas kini sesuatu perkara, frasa yang lazim digunakan ialah dari semasa ke semasa. | Tatabahasa | 05.07.2017 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. A Reading Book Of China’s National Condition a) Buku Bacaan Keadaan Semasa Negara China b) Buku Bacaan Hal Ehwal Semasa Negara China c) Buku Bacaan Keadaan Negara China 2. Illustrated China a) Peristiwa Bergambar Negara China b) Cerita Bergambar Negara China 3. People's livelihood a) Sara hidup rakyat b) Kehidupan rakyat 4. Special Report on National Condition a) Liputan Khas Keadaan Semasa Negara b) Laporan Khas Keadaan Semasa Negara 5. Special topic / special feature on national condition a) Topik Khas Keadaan Semasa Negara b) Rencana Keadaan Semasa Negara 6. Fascinating National Condition – Pesona Keadaan Semasa Negara 7. Hong Kong's Return to China / Handover of Hong Kong a) Penyerahan Hong Kong kembali kepada Pemerintahan China b) Penyerahan Kedaulatan Hong Kong kepada Pemerintahan China Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. A Reading Book of China’s National Condition: Buku Bacaan Berkaitan Keadaan Rakyat/Negara China 2. Illustrated China: Maklumat Berilustrasi Negara China 3. People's Livelihood: Mata Pencarian Rakyat 4. Special Report on National Condition: Laporan Khas Berkaitan Rakyat/Negara 5. Special Topic/Feature on National Condition: Topik Khas Berkaitan Rakyat/Negara 6. Fascinating National Condition: Keadaan Rakyat/Negara yang Mempesonakan/Mengagumkan/Menakjubkan 7. Hong Kong's Return to China/Handover of Hong Kong: Penyerahan Semula Hong Kong kepada Negara China Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2021 |
Salam sejahtera Malaysia. Soalan : Kita juga perlu menutup paip air semasa menggosok gigi. Hal ini penting supaya air tidak DIBUANG / TERBUANG begitu sahaja. Bagi ayat di atas, sila tanya yang manakah jawapan adalah betul atau lebih sesuai? Terima kasih. | Kita juga perlu menutup paip air semasa menggosok gigi. Hal ini penting supaya air tidak terbuang begitu sahaja. Lihat PRPM, terbuang bermaksud sia-sia. | Tatabahasa | 01.01.2023 |
mohon semakan sama ada ayat-ayat ini betul atau salah: 1. Bakat dan kecerdasan para pelajar dalam program ini perlu melalui proses kurikulum yang termampat, dipecut dan diperkaya agar minda dan pemikiran mereka akan sentiasa tercabar dan membina dari semasa ke semasa 2. Pembangunan kursus dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran melalui media sosial; aktiviti normal kehidupan mereka yang petah menggunakan aplikasi tersebut dalam komputer mahupun peranti mudah alih yang lain 3 Hal ini kerana penularan wabak koronavirus masih lagi aktif dan mengakibatkan kematian jika dijangkiti. 4. Hal ini membuktikan, walaupun perkembangan zaman era teknologi kini pesat membangun, pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian. | Ayat yang betul: 1. Bakat dan kecerdasan para pelajar dalam program ini perlu melalui pembelajaran yang padat, pantas dan meluas agar minda dan pemikiran mereka sentiasa terbuka dari semasa ke semasa. 2. Pembangunan kursus dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran melalui media sosial kepada pengguna supaya lebih mahir menggunakan aplikasi tersebut dengan komputer mahupun peranti mudah alih yang lain. 3. Hal ini disebabkan penularan wabak koronavirus masih lagi aktif dan boleh mengakibatkan kematian jika dijangkiti. 4. Hal ini membuktikan bahawa pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian walaupun perkembangan era teknologi kini pesat membangun. | Tatabahasa | 25.11.2021 |
Salam sejahtera Malaysia. Soalan : Kita juga perlu menutup paip air semasa menggosok gigi. Hal ini penting supaya air tidak DIBUANG / TERBUANG begitu sahaja. Bagi ayat di atas, sila tanya yang manakah jawapan adalah betul atau lebih sesuai? Terima kasih. | Perkataan membazirkan air lebih sesuai untuk digunakan dalam ayat ini. Cadangan kami: Kita perlu menutup pili air semasa menggosok gigi supaya tidak membazirkan air. Sila rujuk pautan di bawah untuk maksud perkataan bazir dan buang: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bazir https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=buang | Tatabahasa | 27.11.2020 |
Mirza Farhana 12.33 PTG Salam. Boleh saya tahu di mana saya boleh muat turun istilah-istilah semasa yang baru diumumkan oleh DBP. Lebih mudah jika boleh muat turun. Terima kasih. | Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya. Kami amat menghargai kerjasama tuan dalam hal ini dan kami ucapkan terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2017 |
Kenapa pihak berwibawa tidak membuat audit terhadap buku-buku terbitan Kementerian Kesihatan kerana pihak tersebut tidak menerbitkan buku-buku dalam versi bahasa Melayu (hanya versi bahasa Inggeris). | Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan khususnya dalam sektor awam terus dimantapkan dari semasa ke semasa. Audit penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam sektor awam yang sedang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan antara langkah yang dilaksanakan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Teguran hasil daripada dapatan audit ini kepada pihak yang berkenaan merupakan agenda kesinambungan usaha pemartabatan bahasa kebangsaan. Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 17.11.2014 |
Bolehkah saya tahu mana satu ayat yang lebih betul? Mengapa? 1) Ibu pimpin tangan adik semasa melintas jalan. 2) Ibu memimpin tangan adik semasa melintas jalan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Ibu memimpin tangan adik semasa melintas jalan. Perkataan memimpin dalam ayat tersebut merupakan kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja ini terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalam meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. Awalan meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf seperti m, n, ny, l, w dan y. Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu m bagi p, n bagi t dan ny bagi s. Contohnya pimpin menjadi memimpin. | Tatabahasa | 01.08.2021 |
Saya ingin kemukakan cadangan agar DBP menyarankan agensi pendidikan swasta/ GLC menggunakan bahasa Melayu semasa aktiiti rasmi dan mesyuarat. Hal ini boleh disarankan melalui Pembentangan Belanjawan 2017 oleh PM. Kerajaan wajar bertegas dalam hal ini. Terima kasih | Kami ambil maklum cadangan tuan. Untuk makluman tuan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Seyogia kita sebagai rakyat Malaysia, menghormati peraturan yang ada patah lagi kita semua berpegang kepada prinsip "Keluhuran Perlembagaan". Pada setiap kesempatan yang ada seperti perasmian sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, hal ini sering ditegaskan semula. | Lain-lain | 18.08.2016 |