Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hancur sama sekali (perasaan dll); menghancurleburkan menghancurkan atau membinasakan sama sekali, merosak­binasakan, menjahanamkan, menghancur­musnah­kan: dgn keris dan lembing di tiap-tiap tangan datuk-datuk itu kita dapat ~ segala seteru kita; namun negara kita setakat ini terus berjaya menghindarkan masalah perkauman drpd meletus menjadi satu ledakan yg boleh ~ negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud 'kubur tanpa nisan' dalam konteks ayat ini: 'idaman akan hancur lebur ibarat kubur tanpa nisan?Contoh ayat yang diberikan tidak lengkap, walau bagaimanapun, “kubur tanpa nisan” merupakan sejenis kiasan, iaitu ibarat. Jika dilihat pada konteks ayat, “idaman akan hancur lebur ibarat kubur tanpa nisan”  boleh membawa pengertian "sesuatu yang diimpikan atau impian yang akan musnah tanpa ada sebarang tanda atau petunjuk".Makna06.05.2020

Kembali ke atas