selamat sejahtera, Perkataan yang manakah betul: hingar-bingar / hingar bingar? Adakah ia tergolong dalam kata ganda? Terima kasih. | Yang betul ialah hingar-bingar. Bagi mendapat keterangan lanjut berkenaan kata ganda, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 239 - 241. | Ejaan | 23.06.2008 |
1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah) dengan suara penjual yang ingin menarik perhatian pengunjung. Jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah hingar-bingar. Bukankah kedua-duanya sama makna? Atau hingar-bingar lebih baik? Sila bantu. 2. Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat RENCAM kerana dicampurkan pelbagai macam bahan. Penggunaan RENCAM dalam ayat ialah KATA ADJEKTIF. Betul? Menurut Kamus Dewan: makanan yg RENCAM: makanan yg terdiri drpd pel | 1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah). kedua-duanya betul, merujuk Kamus Dewan hingar-bingar sama maksud dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. 2. Ayat "Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat rencam" kurang tepat. Isunya di sini bukanlah golongan kata dalam ayat tersebut. Kata adjektif atau frasa adjektif boleh menjadi predikat atau penerang dalam ayat. Isu yang lebih ketara ialah makna kata yang menerangkan sesuatu tentang subjek dalam ayat tersebut. Lazimnya apabila kita menerangkan tentang sesuatu masakan itu ialah sifatnya sama ada sedap, pedas, manis dan sebagainya. Rencam bermaksud terdiri daripada bermacam-macam atau berbagai-bagai dan penggunaan rencam kurang tepat dalam ayat ini. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Salam sejahtera, Terima kasih di atas jawapan yang telah saudara berikan sebelum ini mengenai perkataan kata ganda "hingar-bingar". Namun saya masih keliru kerana berdasarkan kamus dewan edisi keempat, m.s 538 (hingar) dan m.s 189 (bingar) menunjukkan yang ia bukan kata ganda. | Perkataan hingar dan bingar mempunyai makna tersendiri, iaitu sangat bising dan bising. Oleh itu perkataan ini bukan kata ganda. Mohon maaf atas kekeliruan yang timbul sebelum ini. | Tatabahasa | 25.06.2008 |
Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. (apakah kesalahan?) tuan, ini soalan peperiksaan sekolah saya, jawapan daripada guru ialah ddiberitahukan, tetapi saya memang susah untuk menerimanya. tq | Hingar-bingar bermaksud sangat bising, sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Penggunaan kata hingar-bingar dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 25.07.2011 |
bolehkah puan menjelaskan perbezaan makna antara perkataan " hingar-bingar" dengan " riuh-rendah"? terima kasih. | Salam sejatera, Menurut Kamus Dewan hingar-bingar sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Contoh penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat adalah seperti 'Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah).' | Tatabahasa | 02.12.2012 |
Adakah terdapat tanda "-" pada kata ganda "hingar bingar" dan "sunyi sepi"? Menurut kamus dewan edisi keempat tidak ada "-" pada kedua-dua perkataan ini. Bukankah tanda "-" itu penanda kata ganda? | hingar bingar dan sunyi sepi dieja tanpa tanda sempang. kata bingar dan sepi membawa makna dan boleh berdiri sendiri. | Tatabahasa | 03.04.2008 |
Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu. mengapakah kesalahan bahasa ialah apa? adakah kita perlu menggunakan " apa-apa"? | Antara fungsi "apa" ialah pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang),contoh ayat: tidak terdengar apa yg kaucakapkan. Oleh itu "apa" dalam ayat "Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu." boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. tuan, jawapan yang salah dalam ayat ini ialah "diberitahukan" adakah benar? saya tidak faham mengapa "dengar" adalah betul dalam ayat ini tanpa menggunakan imbuhan. tq | Penggunaan perkataan 'dengar' dalam ayat tersebut adalah salah. Ayat yang betul ialah 'Saya tidak mendengar apa-apa yang yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar.' | Tatabahasa | 26.07.2011 |