| Adakah boleh memulakan ayat dengan frasa iaitu? | Untuk makluman, perkataan "iaitu" ialah kata hubung yang digunakan untuk menentukan atau menjelaskan sesuatu yang dinyatakan sebelumnya. Contoh ayat, Ambillah harta itu dengan cara yang baik, iaitu sekadar mencukupi untuk dirimu dan anak-anakmu. “Iaitu” juga merupakan kata pancangan keterangan atau kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama dan tidak boleh diletakkan di hadapan ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 796 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 253.
| Tatabahasa | 06.05.2024 |
| Adakah koma (,) perlu diletakkan selepas perkataan iaitu? Sekiranya ya, dalam situasi apakah koma perlu diletakkan selepas perkataan iaitu? | Tidak. Penggunaan tanda koma (,) yang betul adalah sebelum kata iaitu untuk memisahkan ayat induk daripada keterangan tambahan yang mengikutinya yang bermula dengan kata iaitu, yakni, misalnya, contohnya, atau seumpamanya. Contoh ayat: Ada dua warna yang menjadi pilihannya, iaitu merah jambu dan hijau tua. | Tatabahasa | 13.08.2021 |
| Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “glaced fruit” sebagai "glis buah" tetapi terdapat padanan bagi “glazed fruit” iaitu “buah bersadur” iaitu buah-buahan yang disaluti dan ditutupi dengan glis. Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit 229. (1) Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit shall be the product obtained by treating the edible parts of raw fruit or mixture of raw fruits with sugar, glycerol or sorbitol. Kandi buah atau glis buah atau halwa buah 229. (1) Kandi buah atau glis buah atau halwa buah hendaklah hasil yang diperoleh dengan memproses bahagian buah-buahan mentah yang boleh dimakan atau campuran buah-buahan mentah dengan gula, gliserol atau sorbitol. | Mohon berikan soalan yang jelas agar pihak kami dapat membantu menyelesaikan persoalan dalam bahasa Melayu yang dihadapi oleh pihak tuan/puan. | Lain-lain | 27.06.2021 |
| Melalui semakan kami, tiada padanan bagi istilah “glaced fruit” sebagai "glis buah". Apa yang kami dapati ialah istilah "glazed fruit” buah sahaja iaitu “buah bersadur” iaitu buah-buahan yang disaluti dan ditutupi dengan glis. Inii kerana peruntukan seperti di bawah ini memberikan padanan "glaced fruit" sebagai "glis buah". Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit 229. (1) Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit shall be the product obtained by treating the edible parts of raw fruit or mixture of raw fruits with sugar, glycerol or sorbitol. Kandi buah atau glis buah atau halwa buah 229. (1) Kandi buah atau glis buah atau halwa buah hendaklah hasil yang diperoleh dengan memproses bahagian buah-buahan mentah yang boleh dimakan atau campuran buah-buahan mentah dengan gula, gliserol atau sorbitol. Apakah padanan yang diberikan iaitu "glaced fruit" sebagai "glis buah" adalah tepat. | Hasil carian kami melalui Google, didapati bahawa perkataan "glace" ialah perkataan dalam bahasa Perancis atau juga dikenali sebagai "glazed" dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud glaze ialah menyepuh, mengglis atau menyadur. Maka terjemahan yang sesuai bagi glazed fruit ialah buah bersadur | Makna | 28.06.2021 |
| Bagaimanakah perkataan iaitu dan ianya berfungsi | Perkataan iaitu ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya “Ambillah harta itu dengan cara yang baik, iaitu sekadar mencukupi untukmu dan dirimu.” Perkataan ianya tidak tepat dari sudut tatabahasa kerana kata ia dan nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) halaman 252. | Tatabahasa | 09.09.2024 |
| Salam sejahtera. Apa yang saya harus buat jika singkatan "aku" iaitu "ku" bertemu dengan singkatan "tidak" iaitu "tak"? Contoh ayat: Ku tak ingin dia ragu. Adakah "ku" dan "tak" digabungkan? | Ayat yang baku ialah “Aku tidak ingin dia ragu.” Namun begitu, gabungan penggunaan “ku” dan “tak” iaitu “Kutak ingin dia ragu” dibenarkan dalam teks sastera.
| Tatabahasa | 21.01.2023 |
| perkataan ‘iaitu’ boleh guna di hadapan kata kerja? | Untuk makluman, perkataan "iaitu" ialah kata hubung pancangan keterangan atau kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Klausa pula boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja dan sebagainya. | Tatabahasa | 01.10.2020 |
| Apakah jenis kata perkataan "iaitu" mahupun "yakni"? | Untuk makluman tuan, "iaitu" dan "yakni" merupakan kata hubung. | Tatabahasa | 03.03.2022 |
| hi. Adakah sebelum perkataan "iaitu" perlu diletakkan tanda koma (,)? Sekiranya ya, apakah justifikasinya | Ya, tanda koma perlu diletakkan sebelum "iaitu" bagi memisahkan ayat induk daripada bahagian keterangan tambahan yang mengikutinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Tanda Baca Khalimat Bertanda Intonasi Bergaya (DBP, 2015:47). | Lain-lain | 16.10.2022 |
| Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu pada hari Ahad atau Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu hari Ahad. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasih. | Salam sejahtera, Menurut rekod data kami kedua-dua penggunaan ayat betul. | Tatabahasa | 18.04.2020 |