Ejaan mana yang betul mengwar-warkan atau menguar-uarkan | Jawapan yang tepat ialah 1. menguar-uarkan. | Lain-lain | 12.11.2016 |
apakah perbezaan di antara penyengaraan dan penyelenggaraan | Salam ejahtera, Maksud penyelenggaraan ialah 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan, 2. pemeliharaan, pengawasan. Tiada perkataan penyengaraan di dalam Kamus Dewan. Sekian, terima kasih. | Makna | 18.09.2019 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan perterjemahan perkataan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu yang khusus dalam bidang pelancongan. Perkataan-perkataannya ialah: 1. objective authenticity 2. constructive authenticity 3. existential authenticity 4. food authenticity 5. place attachment 6. intention to recommend 7. cultural motivation 8. Stimulus-Organism-Response model 9. underpinning model 10. mediating role 11. moderating role 12. control variables Terima kasih. | Sila berikan contoh penggunaan perkataan tersebut dalam contoh ayat supaya kami boleh memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Makna | 17.06.2019 |
Syawal Aiman 10.04 PAGI Assalam admin, nak bertanya Apakah beza perkataan 'majlis' dan 'istiadat'? | Perbezaan Majlis dan Istiadat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi Majlis ialah: 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat peraturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (perjumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. Manakala Istiadat pula ialah 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara). | Makna | 24.08.2017 |
ASSALAMUALAIKUM Soalan Manakah yang betul? 1. "Bertakwalah" atau "Takwalah" 2. "Firmannya" atau " Firman-Nya" atau FirmanNya" Terima kasih. | Perkataan yang betul ialah 1. Bertakwalah dan 2. Firman-Nya | Tatabahasa | 24.12.2018 |
perbezaan antara pusat pembinaan dan pusat perkembangan bahasa melayu | Menurut data kami, maksud pembinaan ialah 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dan sebagainya) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dan sebagainya): zat-zat yang membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; manakala perkembangan ialah perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dengan~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yang dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; | Makna | 24.12.2015 |
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih. | Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut: (1) Beratur di luar kelas murid-murid. (pendepanan seluruh predikat) (2) Beratur murid-murid di luar kelas. (pendepanan frasa kerja) (3) Di luar kelas murid-murid beratur. (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat | Tatabahasa | 22.08.2017 |
maksud austrik dan filem. | Menurut data kami, perkataan filem ialah 1 benda tipis yang dibuat daripada seluloid dan dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha untuk ~ kisah itu. perfileman segala hal tentang filem: masalah ~. Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan austrik dalam data kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari 1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=filem&d=1 | Makna | 24.12.2015 |
Petinju atau peninju? Berlatar belakangkan atau berlatarbelakangkan? | Menurut data kami, maksud petinju ialah orang yang berlawan tinju; ahli tinju manakala maksud peninju ialah 1 orang yang meninju. 2 genggaman tangan untuk meninju; tinju. Berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah. | Tatabahasa | 06.10.2016 |
Perkataan yang sepatutnya samada mewar-warkan atau menguar-uarkan. Contoh ayat "Satu sidang akhbar akan diadakan pada 1/2/2016 untuk menguarkan-uarkan perkara tersebut" | Jawapan yang tepat ialah 1. menguar-uarkan. | Istilah | 16.02.2016 |