3. Anak .................. anugerah Allah. ialah adalah merupakan 4. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. di dari dalam 5. ............... abad ke-20 Di Pada Dalam 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. Betul Salah 7. Institut Irsyad ............. sebuah institut persendirian. ialah adalah merupakan 8. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... Betul Salah | Jawapan untuk soalan yang diberikan: 3. Anak ialah anugerah Allah 4. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi 5. Pada abad ke-20 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari - Salah 7. Institut Irsyad ialah/merupakan sebuah institut persendirian 8. Keputusan yang diambil adalah berdasarkan ... Salah
| Tatabahasa | 29.10.2016 |
Boleh terangkan fungsi,perbezaan, bila dan bagaimana penggunaan perkataan berikut -ialah -adalah -merupakan Terima kasih. | Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Tatabahasa | 05.10.2016 |
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara ialah, adalah dan merupakan ? Terima kasih. | Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Perkataan "merupakan" ialah kata kerja dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut : 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua; ia dapat ~ dirinya seperti harimau; b) berlagak (berlaku dll) sebagai: dengan ~ dirinya sebagai seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; | Tatabahasa | 24.04.2013 |
Bilakah boleh digunakan ialah, adalah dan merupakan | Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam ayat penyata penggunaan yang betul ialah dan adalah. Untuk melihat maksud dan konteks penggunaan perkataan merupakan, klik merupakan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merupakan. | Tatabahasa | 06.07.2015 |
Kenapa ayat ' adalah merupakan' tidak boleh digunakan? | Kata pemeri adalah mesti diikuti dengan kata kata sendi nama atau kata adjektif, sedangkan merupakan ialah kata kerja (bukan kata sendi nama atau kata adjektif), oleh itu frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.05.2009 |
apakah perbezaan antara "ialah" , "adalah" dan "merupakan"? Bagaimana menggunakan ketiga-tiga perkataan tersebut? | Kata 'ialah', 'adalah' dan 'merupakan' ialah kata pemeri. 'Ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 'Merupakan' pula berfungsi seperti kata 'ialah' dan digunakan juga di hadapan kata kerja. Contoh: Anak ialah anugerah Allah SWT; Kursus ini adalah untuk pegawai atasan; Program ini merupakan usaha yang berterusan ... Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264. | Tatabahasa | 18.07.2010 |
Nak tanya sama ayat berikut adalah betul ataupun tidak? 1. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut adalah merupakan tempat persinggahan kapal. 2. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. 3. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut ialah merupakan tempat persinggahan kapal. | Ayat yang betul: 1. Fungsi kedua-dua sungai tersebut adalah untuk menjadi tempat persinggahan kapal. 2. Kedua-dua sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. | Tatabahasa | 08.04.2020 |
apakah beza antara penggunaan ialah dan adalah | Ialah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut. | Tatabahasa | 24.04.2007 |
PENGGUNAAN IALAH DAN ADALAH | Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
Apakah perbezaan penggunaan Ialah dan Adalah? | kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. | Tatabahasa | 14.02.2012 |