Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan ialah atau adalah: "Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah/adalah banyak kenderaan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya." 1. Penggunaan yang mana lebih tepat: ialah atau adalah di dalam ayat di atas dan 2. Minta penerangan pembezaan ialah dan adalah dalam penggunaan. Tk.1.   Penggunaan “ialah” lebih sesuai. Namun begitu, ayat tersebut seharusnya ditulis seperti yang berikut:

“Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah bilangan kenderaan yang banyak dan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya.”

2.   Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, “ialah” dan “adalah” tergolong dalam kata pemeri. Penggunaan “ialah” hadir di hadapan frasa nama seperti contoh ayat yang berikut:

i.   Antara perkara yang dibiacarakan dalam buku ini ialah masalah moral negara. (frasa nama)

Manakala “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti contoh ayat yang berikut:

i.    Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. (frasa adjektif)

ii.    Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. (frasa sendi nama)

Sekian. Terima kasih.

Tatabahasa29.08.2017
Dia ialah seorang yang baik. Ialah atau adalahAyat yang betul ialah "Dia seorang yang baik".Tatabahasa07.06.2024
1. Cara berjimat cermat ialah atau adalah menjimatkan penggunaan air?Frasa yang diberikan tidak betul. Frasa yang betul ialah "Langkah-langkah menjimatkan penggunaan air adalah seperti menutup pili air apabila mengosok gigi".Lain-lain13.10.2016
Salam, dalam ayat di bawah penggunaan ialah atau adalah yang lebih tepat? 1. Panjang AB ialah/adalah separuh daripada panjang CD. 2. Umur Ali ialah/adalah dua kali umur Abu.Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah  menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Maka ayat yang betul ialah:

1. Panjang AB adalah separuh daripada panjang CD.
2. Umur Ali ialah dua kali ganda umur Abu.
Tatabahasa07.07.2023
Saat ini, yang mustahak untuk dilakukan ialah/adalah memulakan kehidupan baru. Ialah atau adalah? Kalau tambah "untuk" di hadapan "memulakan" itu mungkin lebih tepat kalau guna "adalah", tapi nanti jadi ada dua perkataan "untuk" kan jadi tak kemas. Lagipula "memulakan" itu kata kerja kan? Jadi tak boleh pakai adalah? Sekian Terima kasih

Ayat yang betul ialah "Saat ini yang mustahak untuk dilakukan, memulakan kehidupan baru." Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 263-265.

Tatabahasa03.03.2024
Tuan/Puan Apakah kata pemeri yang betul (ialah atau adalah) untuk ayat berikut? Ayat: Cita-cita saya ______ menjadi seorang pakar jantung Terima kasihPenggunaan kata pemeri dengan ayat yang betul ialah  "Cita-cita saya ialah doktor pakar jantung.".


Tatabahasa10.10.2025
Assalamu'alaikum, Bolehkan kata pemeri 'ialah' atau 'adalah' diikuti kata nafi 'bukan'? Terima kasih.Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.Tatabahasa11.06.2015
Pencak silat ___________ salah satu seni mempertahankan diri. Penggunaan kata pemeri manakah yang sesuai dalam konteks ayat di atas, ialah atau adalah? Apakah alasannya?Jawapan yang tepat ialah: Pencak silat ialah salah satu seni mempertahankan diri.Tatabahasa03.03.2016
Soalan asal: Sebelum kata bilangan (rujuk kata bilangan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga m/s 287), kata pemeri yang baku digunakan, "ialah" atau "adalah"?; dan mengapa? Sekian, terima kasih. Jawapan asal: Tidak perlu kata pemeri digunakan di hadapan kata bilangan contohnya harga barang itu dua puluh ringgit. Kata pemeri ialah diikuti oleh frasa nama, manakala kata pemeri adalah diikuti oleh frasa adjektif atau frasa sendi nama. Soalan balas: Saya faham peraturan asas yang ringkas berkenaan. Cuba teliti ayat di bawah. Adakah tuan/puan akan mencadangkan saya menggugurkan semua kata pemeri yang ada dalam ayat itu? Jika ya, saya masih mahu menggunakan kata pemeri (tidak mahu menggugurkannya) dalam ayat di bawah, oleh itu saya hendak tahu kata pemeri yang mana satukah yang baku digunakan, ialah atau adalah, kerana kata berikutnya ialah kata bilangan? Kucing dan arnab ialah/adalah sebahagian daripada haiwan perliharaan. Ayam ialah/adalah sejenis haiwan. Bilangan cuti yang diluluskan ialah/adalah dua hari. Yang dimaksudkan dengan perserta ialah/adalah semua peserta yang berdaftar secara rasmi. Sekian.Pada dasarnya kata pemeri tidak perlu hadir sebelum kata bilangan. Walau bagaimanapun jika tuan hendak menggunakan kata pemeri sebelum kata bilangan, penggunaan yang betul ialah "ialah" seperti ayat: Kucing dan arnab ialah sebahagian daripada haiwan perliharaan. Ayam ialah sejenis haiwan. Bilangan cuti yang diluluskan ialah dua hari. Yang dimaksudkan dengan perserta ialah semua peserta yang berdaftar secara rasmi.Tatabahasa11.10.2012
Assalamualaikum, Adakah perlu digunakan kata pemeri 'ialah' atau 'adalah' di hadapan perkataan 'kira-kira'? Sila rujuk ayat di bawah. Masa yang diperuntukkan adalah kira-kira dua jam. Tinggi bangunan itu ialah kira-kira 185 meter. Terima kasih.Masa yang diperuntukkan ialah kira-kira dua jam. Tinggi bangunan itu ialah kira-kira 185 meter.Tatabahasa12.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas