Bolehkah kata pemeri ialah dan adalah hadir di depan kata kerja? | Kata pemeri ialah dan adalah tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja, contohnya: Hobinya memancing ikan, bukannay Hobinya ialah/adalah memancing ikan. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
penggunaan ialah dan adalah...perbezaannya? | Untuk makluman, ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.ntara ialah dan adalah:
| Tatabahasa | 29.10.2015 |
Penggunaan `ialah` dan `adalah` | Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
PENGGUNAAN IALAH DAN ADALAH | Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
Bilakah boleh digunakan ialah, adalah dan merupakan | Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam ayat penyata penggunaan yang betul ialah dan adalah. Untuk melihat maksud dan konteks penggunaan perkataan merupakan, klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merupakan. | Tatabahasa | 06.07.2015 |
Apakah perbezaan penggunaan Ialah dan Adalah? | kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. | Tatabahasa | 14.02.2012 |
Salam, apakah perbezaan penggunaan "ialah" dan "adalah"? | Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti Bapa saya ialah seorang guru, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 263. | Tatabahasa | 27.04.2012 |
apakah perbezaan kata pemeri ialah dan adalah. apakah yang membezakan penggunaan dua kata pemeri ini? | Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Tatabahasa | 19.03.2012 |
mana yang betul? ialah ketika atau adalah ketika | Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah amat minimum, contohnya Ali ialah seorang guru, boleh menjadi Ali seorang guru. Sila semak semula ayat tuan dan berkemungkinan kata ialah dan adalah tidak perlu hadir dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 18.12.2014 |
Salam sejahtera pihak KNDBP dan Salam Ramadan 1437H Boleh pihak DBP jelaskan kepada saya secara terperinci perbezaan penggunaan antara 'ialah' dan 'adalah' dan juga contoh kesalahan umum melibatkan dua perkataan tersebut Sekian, terima kasih | Untuk makluman, ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama; manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. | Tatabahasa | 26.06.2016 |