Salam sejahtera. Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kebanyakan orang mempunyai iman mereka sendiri. 2. Kita harus mempunyai iman. Terima kasih. | Iman dalam konteks umum bermaksud ketetapan hati dan dalam konteks khusus (istilah agama) iman ialah keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan. Ayat contoh yang saudara berikan tidak gramatis. Contoh penggunaan iman, walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun imannya tidak bergoncang dan Orang-orang yang beriman akan selamat di dunia dan di akhirat. | Tatabahasa | 03.10.2012 |
Islam Iman Dan Ihsan THURS 16:27 Islam Iman Dan Ihsan Islam Iman Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya berminat menulis sebuah buku teks peringkat Ijazah sarjana muda jurusan matematik. Saya dimaklumkan bahawa terdapat ganjaran RM 20000 untuk penulis di samping bayaran royalti, bermula 2012. Soalan saya: 1. Apakah ganjaran masih sah sehingga sekarang? 2. Adakah buku teks yang saya ingin tulis itu termasuk di bawah kategori buku yang layak ganjaran RM20,000 tersebut? Terima kasih Dr Auni Aslah Bin Mat Daud, Senior Lecturer, School of Informatics and Applied Mathematics, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 21030 Kuala Nerus Terengganu, Malaysia Tel: +609 6683625 | Mohon berhubung dengan pegawai dari Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida Mohd Salleh melalui talian 03-2147 9523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 02.02.2017 |
Iman selalu memperoleh hadiah ( dari / daripada) peraduan yang disertai di sebuah (pasar raya/ pasaraya) . yang manakah pilihan yang betul dalam kurungan. terima kasih | Imam selalu memperoleh hadiah daripada peraduan yang disertai di sebuah pasar raya. Sila rujuk laman prpm.gov.my untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 16.01.2013 |
WED 17:24 Islam Iman Dan Ihsan Islam Iman t.kasih atas maklumat yang diberikan. saya ada satu permintaan. saya dapati soalan saya telah diletakkan dalam ruangan soalan lazim di laman web DBP. saya benarkan, cuma saya harap pihak DBP lebih sensitif (sekurang-kurangnya tanya atau minta kebenaran) dengan maklumat saya di hujung soalan tersebut. saya mohon bahagian nama saya, alamat, no tel dan sebagainya di hujung soalan itu dipadam. | Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul, sila hubungi kami melalui talian 03-21479691/9692/9693 dan berikan maklumat yang lengkap untuk tindakan kami. Maklumat berkenaan juga boleh disalurkan melalui portal "Khidmat Nasihat Bahasa DBP". | Lain-lain | 08.02.2017 |
saya pelajar kelas dalam University fatoni ingin pertanya tata bahasa iman | Lihat iman">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=iman untuk mendapatkan maksud iman. | Makna | 07.04.2015 |
1. Ini buku Amin atau buku Iman? 2. Ini buku Amin atau Iman? Mana satu ayat yang betul? | Ini buku Amin atau buku Iman? (tepat)... Penjelasan. Berlaku pengguguran subjek sahaja. Dalam ayat di atas subjek ialah Ini... | Tatabahasa | 16.08.2012 |
NH IMAN SOLUTION PLT NAMA SYARIKAT | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. Visual yang dihantar dalam bentuk jpeg atau gif. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.05.2017 |
Nur'ain Iman Jun 30th, 5:59pm Salam sejahtera, saya ingin bertanya untuk penggunaan 'ku' singkatan untuk 'aku'. Saya faham bahawa ku jika digandingkan dengan KN, ia jadi rumahku, penselku dsbnya. Namun demikian, bagaimana pula dengan KK? Kubaca? Atau ku baca? | Salam sejahtera, Untuk makluman, kependekan "ku" boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kepegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya. Contoh menemaniku, memarahiku. | Lain-lain | 30.06.2015 |
Nur'ain Iman Oct 8th, 4:11pm Jimat cermat bukan kata ganda? | Jimat cermat ialah frasa nama. | Tatabahasa | 08.10.2014 |
Nur'ain Iman Oct 7th, 10:32am Salam sejahtera. Saya ada pertanyaan. Mengenai kata ganda Berjimat cermat atau berjimat-cermat? | Ejaan yang betul ialah berjimat cermat. | Ejaan | 07.10.2014 |