Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.jar] | جاجر

Definisi : banjar, baris, deret; sejajar 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn rumah saya; 2. sama (ting­kat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya se­karang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~; menyejajarkan 1. membuat supaya sebaris, sederet; 2. menyamakan kedudukan (tingkat, darjat), menyetarafkan; kesejajaran perihal (keadaan dsb) sejajar: sebuah drama yg baik apabila adanya ~ antara perkembangan plot dgn pembinaan perwatakan; penyejajaran 1. persamaan taraf (tingkat, darjat); 2. perselarian, persamaan arah dan jarak di antaranya; berjajar berderet, berbaris, berbanjar; berjajaran berderet-deret, berbaris-baris, ber­banjar-banjar: pokok kelapa ~ di sepanjang jalan itu; menjajarkan 1. mengatur supaya berjajar (berderet, berbaris), menjadikan selaras; 2. menyamakan kedudukan (darjat dll), me­nyetarafkan; jajaran deretan, barisan, banjaran; ~ gen­jang Id segi empat selari; penjajaran perihal (perbuatan dsb) men­jajarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.jar] | جاجر

Definisi : Mn = jajaran alur bekas ditenggala, parit; menjajar menenggala; menjajarkan mengheret, menyeret; terjajar terseret: pemuda itu ~ ke belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.jar] | جاجر

Definisi : beberapa benda yg terletak berbaris; baris; deret. berjajar terletak atau tersusun sebaris; berderet. menjajarkan menjadikan berbaris (berjajar); menderetkan. sejajar 1 terletak sebaris; sederet: Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn garisan dll): dua batang jalan raya yg ~. menyejajarkan 1 membuat supaya sejajar (sederet). 2 menyamakan kedudukan dll; menyetarafkan. kesejajaran keadaan atau hal sejajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jajar (kata nama)
Bersinonim dengan bandar, deret, baris, leret, derek, nirai, jejer;,
Kata Terbitan : sejajar, menjajarkan, penjajaran, berjajaran, jajaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya jumpa perkataan "berjalan berjajar-jajar‘。tetapi saya tidak dapt jumpai kata terbitan [ber+jajar-jajar] dibawah entri [jajar] Kamus Dewan 4. Adakah berjajar-jajar itu kata terbitan yang sah?Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, jajar bermaksud banjar, baris, deret; sejajar. Berjajar-jajar pula merupakan kata ganda daripada perkataan tersebut dan boleh digunakan.Istilah01.07.2015
Assalamualaikum. 1. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sepadan dengan istilah-istilah IT yang berikut: - Wrap text - Justify text - Strikethrough text - Bullet list - Increase/Decrease Indent - Undo - Align Left/Right/Center - Placeholder text - Slug (cth ayat: Slugs can only include letters, numbers, dashes and underscores) 2. Betulkah penggunaan "hingga" dalam ayat ini: "Anda hanya boleh memilih hingga 12 fail." Terima kasih.1. Padanan istilah bahasa Melayu bagi wrap text ialah lelilit teks dan undo ialah buat asal, manakala cadangan istilah bahasa Melayu bagi istilah justify text ialah laras teks, strikethrough text ialah lorek atas teks, bullet list ialah senarai tanda peluru, increase indent ialah tambah inden, decrease indent ialah kurang inden, align left ialah jajar kiri, align right ialah jajar kanan, align center ialah jajar tengah, placeholder text ialah teks sandaran dan slug ialah slug. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.


2. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), kata sendi nama 'hingga' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Berdasarkan ayat yang diberikan, penggunaan kata sendi nama 'hingga' adalah tepat. 

Walau bagaimanapun, berikut ialah cadangan ayat yang lebih gramatis: ""Anda hanya boleh memilih hingga 12 fail sahaja." atau "Anda hanya boleh memilih maksimum 12 fail."





















Lain-lain28.12.2025
Selamat pagi. Adakah baris dan deret itu membawa maksud yang sama? "Paku itu dipasang dalam bentuk sembilan baris melintang dan sembilan baris menegak", adakah penggunaan "baris melintang" dan "baris menegak" betul dalam konteks ini? Terima kasih.Baris bermaksud banjar atau deret yang merupakan garis lurus (pokok, huruf, dan lain-lain). Deret ialah baris yang panjang atau jajar. Oleh yang demikian, baris dan deret membawa maksud yang sama. Penggunaan "baris melintang" dan "baris menegak" dalam konteks ini betul.
Lain-lain21.01.2021

Kembali ke atas