apakah maksud 'jati diri'? | Jati diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya, atau disebut jua identiti. | Makna | 04.10.2009 |
apa maksud jati diri? sy tak jumpa dlm kamus dewan..apakah yang dimaksudkan dengan jati diri seorang guru | Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. | Makna | 16.02.2007 |
apakah erti jati diri dan cara yang betul menggunakan istilah ini. | Jati bermakna sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg. sebenarnya. Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi dan kon | Makna | 20.05.2005 |
Definisi Jati Diri | Maknanya ialah sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 05.11.2009 |
apakah maksud jati diri bangsa malaysia?jelaskan dengan terperinci. | Jati diri: sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti. Untuk huraian secara terperinci sila rujuk artikel-artikel atau buku--buku yang berkaitan. | Makna | 31.03.2009 |
SALAM SEJAHTERA. AYAT INI BETUL ATAU SALAH. SOALAN:MEJA INI DIPERBUAT DARIPADA KAYU JATI. | Ayat "meja ini diperbuat daripada kayu jati" betul. | Tatabahasa | 23.12.2012 |
AYAT: MEJA INI DIPERBUAT DARIPADA KAYU JATI. AYAT DI ATAS "BETUL" ATAU "SALAH" JIKA SALAH , BOLEHKAH TUNJUKKAN KESALAHAN APA? TERIMA KASIH. | Salam sejahtera, Ayat 'MEJA INI DIPERBUAT DARIPADA KAYU JATI' adalah tepat. | Tatabahasa | 19.12.2012 |
Apakah hubung kait peranan Bahasa Melayu dengan jati diri rakyat Malaysia dan wawasan negara | Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ada tiga ciri utama bangsa Melayu; beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Gabungan tiga unsur ini membentuk identiti yang unggul dan ampuh. Aspek kedua yang mesti dipertahankan ialah bahasa Melayu. Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada bangsa. Pepatah Melayu mengatakan bahasa jiwa bangsa. Kekuatan sesuatu bahasa terletak pada keupayaannya menjadi wahana ilmu yang dilambangkan menerusi penulisan dan komunikasi pelbagai bidang ilmu. Itulah jati diri Melayu asli, tulen dan murni. Jati diri yang mesti dipertahankan, dicontohi dan diteladani yang memperkembangkan sahsiah, keyakinan diri, keimanan, memperteguhkan semangat, jati diri dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan tanah air. | Lain-lain | 19.07.2007 |
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll | Encik Rizuan, Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 11.05.2010 |
DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER | KECELARUAN JATI DIRI/IDENTITI DISOSIATIF | Istilah | 07.04.2011 |