Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lurus hati, tulus, ikhlas: orang yg ~ tidak akan berani menikam dr belakang spt kau; kejujuran perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jujur (adjektif)
Bersinonim dengan lurus hati, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, suci hati, putih hati, benar, boleh dipercayai, mukhlis, sadiq, mustakim;,
Kata Terbitan : kejujuran,

Puisi
 

Buah nangka di tepi tebat,
     Buah duku disangka jering;
Disangka jujur hati sahabat,
     Rupanya menikam kawan seiring.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berjalan dari pintu belakang.

Bermaksud :

Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan..Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkaliMakna27.11.2008
Betulkah tanda baca bagi ayat berikut: a) "Betul sangkaan saya," kata Mamat sambil menggeleng, "dia tidak jujur."Yang betul ialah "Betul sangkaan saya," kata Mamat sambil menggeleng, "Dia tidak jujur."Tatabahasa24.11.2011
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujurAntara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my .Lain-lain01.10.2006
salam, saya nak tahu sebelum "dan" perlukan letak koma? contoh: Rajin, jujur, dan amanah.Penulisan koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Walau bagaimanapun penggunaan koma sebelum dan lazimnya digunakan bagi menyenaraikan kategori yang berbeza, contohnya Ahmad ke kedai membeli ikan, ayam, sotong, dan surat khabar.Ejaan29.03.2012
Rakan saya menyatakan “amin” bermakna aman, “aamin” bererti meminta perlindungan, “amiin” bermaksud jujur dan “aamiin” ya Allah, kabulkan doa kami. Dia mencadangkan agar kita menggunakan ejaan “aamiin” untuk maksud mengaminkan doa. Apakah pandangan DBP?Amin ialah perkataan bahasa Arab dan dieja sedemikian. Bahasa Melayu tidak memberikan penambahan vokal bagi perkataan yang disebut panjang, sebaliknya satu vokal melambangkan satu jenis sebutan.Ejaan07.03.2012
Tuan, Ayat: Afiq seorang oendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah ?Bersih dikiskan juga kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanpun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci".Tatabahasa21.09.2011
Tuan, Ayat: Afiq seorang pendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah?

Bersih juga dikiaskan kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanapun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci".

Tatabahasa21.09.2011
Tuan/Puan, Bagaimanakah caranya untuk menghantar karya sajak nukilan saya sendiri untuk dinilai oleh pihak-pihak profesional? Saya seorang pencinta bahasa yang meminta pandangan jujur mengenai karya saya. Saya menyediakan dua buah sajak berbahasa Inggeris bertajuk I Am About To Die dan Drowned In Mind untuk penilaian tuan/puan. Terima kasih. Yang benar, Noor Ashyima 901120085810Untuk makluman saudara DBP menerbitkan buku dan majalah dalam bahasa Melayu (kecuali buku teks) dan semua karya yang terkandung dalamnya juga mestilah ditulis dalam bahasa Melayu. Oleh itu, karya saudara tidak sesuai untuk diserahkan kepada kami untuk dinilai atau diterbitkan.Lain-lain09.02.2011
apakah maksud berkongkalikong dan biala boleh digunakan dalam pembinaan ayat?. Terima kasih.

Puan Suhana terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan kongkalikong bermakna - mengikut bahasa percakapannya ialah bp curang (tidak jujur atau berterang-terang); 2. sekongkol dlm melakukan sesuatu yg tidak baik; Kebiasaannya kita tidak menggunakannya dalam penulisan. Terima kasih.

Tatabahasa10.07.2009
Saya ingin bertanya mengenai istilah Pengkritik Sastera dan peranan pengkritik sastera pada masa kini. Ini bertujuan untuk pengetahuan dan mencari bahan tugasan dalam bidang aliran sastera yang saya pelajari sekarang.

Pengkritik sastera ialah orang atau individu. manakala peranan pengkritik sastera ialah orang  yang menulis, berusaha, mempertimbangkan dan menilai sesebuah karya sastera secara jujur dan sistematik. 

 Kritikan sastera dapat dianggap sebagai satu ilmu yang mempunyai tujuan dan fungsi tertentu. Antara tujuan-tujuan kritikan sastera ialah 1. Menyumbangkan pengetahuan dari segi teori sastera 2. memberi kefahaman kepada pembaca untuk menikmati sesebuah karya sastera 3. membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik 4. memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca dan sebagainya.

Lain-lain27.10.2009
123

Kembali ke atas