| Ada dua kekeliruan penggunaan kata noktah dan huruf besar. 1. Contoh ayat : a.Jawapannya ya, ada! Tidak terlewat untuk Malik melakukan "Perancangn Kewangan". - tanda noktah ( . ) selepas tanda petik atau sebelum penutup tanda petik? - Huruf P dan K (perancangan kewangan) perlu huruf besar atau kecil? 2. Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga pengurang kadar kelahiran.2 - penggunaan perkataan 'pengurang' betul ke? atau 'pengurangan' lebih sesuai. - Nota kaki selepas kelahiran. tanda noktah perlu selepas nombor nota kaki atau selepas nombor nota kaki? harap saudara/saudari dapat membantu saya. Terima kasih | Berikut merupakan penjelasan daripada DBP: - Tidak jelas sama ada ini perikan daripada pembicaraan atau ayat penyata. Sekiranya ayat penyata, penggunaan tanda baca yang betul ialah Tidak terlewat untuk Malik melakukan perancangan kewangan.
- Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga kadar kelahiran² yang berkurangan.
Puan boleh merujuk Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 26.06.2014 |