Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'.
Thanks for clicking. That felt good.