Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka memasang akan kain rentang di kiri dan di kanan bahu jalan. Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang gramatis:  Mereka memasang kain rentang di kiri dan kanan bahu jalan.Tatabahasa28.10.2018
Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi tatabahasa atau tanda baca? Andainya salah, apakah jawapan yang betul? 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang. Kemudian, disangkutkan ke bahu. 2. Aiman menyambut hari Deepavali di Kampung Jublee.1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang, kemudian disangkutkan ke bahu.
2. Aiman menyambut Hari Deepavali di Kampung Jublee.
Tatabahasa25.06.2012
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita.

1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul?

2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan.

3. Ya.

4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari.

5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~;

jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;

Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah.

6. Kedua-dua ibu bapa.

7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-...  sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008.

8. Kedua-duanya betul.

9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita.

 

Lain-lain20.12.2008

Kembali ke atas