| Slmt ptg, tumpang tanya: 1. Ali dan Ah Chong mandi di sungai. 2. Ali dan Ah Chong membasuh di sungai. Kedua-dua ayat tersebut, mana satu yang betul?( dari segi bahasa) Adakah ia boleh diterima kedua-duanya. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Yang berikut ialah jawapan kedua-dua soalan: Soalan 1: Ayat betul dan tidak mengandungi sebarang kesalahan. Soalan 2:  Ayat tersebut kurang tepat kerana kata kerja yang digunakan ialah kata kerja transitif.  Kata kerja transitif memerlukan objek.  Oleh sebab itu, selepas kata kerja transitif "membasuh" perlu diikuti objek.  Contoh:membasuh kain, atau membasuh kereta.   Sekian, dan terima kasih.       | Tatabahasa | 01.11.2010 |