cindai | Sdr. Ibnu Salam, CINDAI membawa maksud - 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). | Makna | 04.10.2010 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat berikut; Hassan menggunakan galah untuk ___ dahan pokok yang sekah itu. A mengait B mencantas Adakah ayat-ayat ini betul 1. Jemputlah duduk dahulu, nanti saya panggil emak di dapur. 2. Baju kurung itu dibuat daripada kain sutera. 3. Adik suka bermain-main di halaman rumah di waktu petang. | Jawapan yang sesuai ialah mencantas. Ayat 1 dan 2 betul. Ayat ke-3, Adik suka bermain-main di halaman rumah pada waktu petang. | Tatabahasa | 12.09.2008 |
apakah istilah penggunaan yang betul: batik sutera atau sutera batik. Adakah perbezaan? | Frasa yang betul ialah "sutera batik" kerana yang diterangkan ialah sutera (kain) dan yang menerangkannya ialah batik. Namun begitu frasa "batik sutera" banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 19.09.2012 |
Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga - ms 236) Adakah frasa 'antara kain-kain merah itu' lewah? | Pihak kami akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara ini. Pihak kami akan memaklumkan kepada puan selepas mendapat penjelasan tersebut. | Lain-lain | 08.07.2010 |
TD Edisi Ketiga m/s 236. Contoh ayat 135. ' Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah termerah'. Sepatutnya' Antara kain merah itu , kain jenis sutera itulah termerah'. Beri pandangan tuan.Terima kasih. | Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada editor buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga supaya tindakan pembetulan diambil. Pandangan saudara itu betul. Terima kasih atas keprihatinan saudara dalam perkara ini. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Apakah perbezaan antara "tengkolok" dan "tanjak"? | Salam sejahtera, TENGKOLOK 1. kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak 2. kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita TANJAK kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 12.08.2017 |
Tolong pastikan ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak? Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Selendang kain kapas yang dibeli oeh ayah sehalus sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung. | Jawapan yang betul ialah Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung. Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Yang betul : Rosli ingin mencari calon isteri yang halus budi bahasanya. Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera. Yang betul: Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah selembut sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Yang betul: Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus kulit bayi. Saudara digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.12.2010 |
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang. | Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. | Lain-lain | 04.11.2010 |