Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara.

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa?

Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa02.08.2012
saya ada kemuskilan mengenai penggunaan perkataan nya. adakah penggunaan kawan-kawannya itu salah?Penggunaan -nya dalam perkataan kawan-kawannya adalah betul.Tatabahasa19.07.2013
Tuan/Puan/Cik, Saya ingin meminta pendapat pakar-pakar di DBP tentang ejaan Jawi perkataan Inggeris "mingle" (bunyi fonetik: ˈmɪŋ.ɡəl). Kawan dari Abu Dhabi berkata bahawa ejaan nya adalah مينفل. Tetapi bunyi "ˈmɪŋ.ɡəl" dalam ejaan Jawi menggunakan huruf-huruf ڠ (nga) dan ڬ (ga) yang unik dalam abjad Jawi; misalnya "minggal" dieja ميڠڬل. Pada pendapat pihak DBP, apakah ejaan yang betul?Ejaan Jawi yang betul bagi perkataan mingle ialah ميڠڬل.Ejaan25.12.2019
apakah maksud kecuaian dalam pekerjaan

Puan Jamiah,

Maksud "kecuaian dalam pekerjaan" dapat ditakrifkan secara literal bahawa sesuatu perbuatan yang cuai atau lalai ketika melaksanakan pekerjaan atau tugas yang diarahkan. Bersama-sama ini dilampirkan takrifan kata "cuai dan pekerjaan"  yang dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan puan.

 

kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu;

pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya

Makna06.03.2009
KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci?Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad.Tatabahasa11.11.2010

Kembali ke atas