Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.han.cu.ran] | کهنچورن

Definisi : perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.han.cu.ran] | کهنچورن

Definisi : keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mereka hanya mengeyakan kata-kata Abang Long agar tidak berlaku kehancuran dalam hubngan kekeluargaan. tuan, saya tidak memahami mengapakah kehancura adalah salah digunakan?

Kehancuran bermaksud kebinasaan atau kemusnahan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan lain yang lebih sesuai ialah keretakan.

Tatabahasa03.08.2011
salam, Bolehkah kata tugas 'telah' diletakkan selepas kata nama contoh : Negeri-negeri yang berdekatan dengan kamu itu wahai Muhammad, telah Kami musnahkan apabila para penduduknya berbuat zalim. Kami juga tetapkan waktu tertentu untuk kehancuran mereka. Surah al-Kahfi : 59.Kata "telah" boleh digunakan selepas kata nama dalam konteks ayat pasif seperti contoh yang diberikan.Tatabahasa18.06.2012
Assalamaulauikum Saya amat lemah dalam bidang morfologi..... tugasan saya ialah mengkaji minda pengarang berita harian dari segi morfologi dan sintaksis.... minda pengarang saya ialah.... Gagasan 1 Malaysia boleh diterapkan masyarakat antarabangsa Dalam apa jua bentuk kehidupan kesederhana adalah teras kepada kajayaan yang dicapai. tindakan keterluan atau ekstremis tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan.menyedari sudah sampai masa pemimpin dunia kembali kepada agenda keamanan pragmatik dan menghapuskan ekstremis demi mengelak penduduk dunia daripada tenggelam ke dalam kehancuran,ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke 65 di New York,Amerika Syarikat

Saudara,

Dalam tugasan yang diberikan saudara diperlukan untuk mengenal pasti perkataan dari aspek morfologinya atau bentuk katanya dan  mengenal pasti ayat  dari aspek sintaksisnya atau jenis ayatnya. 

Lain-lain17.10.2010

Kembali ke atas