Mohon semak terjemahan: 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama atau Perkhidmatan Guna-Sama 3. Micro Precision - Kejituan Mikro | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan ketepatannya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama/Perkhidmatan Guna Sama 3. Micro Precision - Kejituan Mikro | Istilah | 11.01.2016 |
Boleh jelaskan dengan terperinci kepersisan makna,ketaksaan leksikal dan struktur dalam tatabahasa serta dengan contohnya | "Kepersisisan makna" ialah perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan makna; "ketaksaan" ialah idea yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang maksud sebenar yang ingin disampaikan. Bagi membantu, puan boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP). Terdapat banyak bahan rujukan yang boleh diperoleh berkaitan perkara ini. Puan juga boleh membuat rujukan pada majalah-majalah terbitan DBP atau membuat rujukan di perpustakaan IPT atau Perpustakaan Negara Malaysia. | Makna | 03.02.2014 |
Salam Sejahtera. Saya dalam proses penulisan sebuah buku yang berkonsep fakta berkaitan dengan bidang sukan. Saya ingin nasihat daripada DBP untuk beberapa perkara; 1. Adakah DBP mempunyai perkhidmatan utk menyemak dan membetulkan tulisan saya.? Jika ya berapa kos? 2. Adakah DPB mempunyai translator utk menterjemahkan tulisan saya kepada Bahasa Inggeris? 3. Adakah DBP mempunyai perkhidmatan menyemak kualiti penulisan terutama dalam pengolahan ayat dan peggunaan bahasa? 4. Adakah DBP akan menyemak kejituan fakta yg saya menulis? 5. Bolehkah DBP mencetak dan memasarkan buku saya? Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, DBP hanya bertanggungjawab terhadap manuskrip atau judul untuk terbitan DBP. Oleh itu, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak atau menyunting karya individu atau terbitan luar. Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000/01/02 atau e-mel khalik@dbp.gov.my (Tuan Haji Khalik bin Sulaiam). Manuskrip lengkap mestilah mengandungi: (i) bahan awalan (ii) bahan teks (iii) bahan akhiran Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan. Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 18.12.2016 |