peribahasa pada maksud "dalam tangan" | Maksudnya ialah dalam kekuasaan(kemampuan, milik) seseorang,sudah tentu dapat atau akan diperoleh. | Lain-lain | 10.04.2008 |
Makna dalam tangan | Makna dalam tangan ialah dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh. | Ejaan | 09.08.2006 |
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
Apakah maksud dominasi dalam Kamus Dewan edisi ke-empat dan dalam muka surat ke-berapa perkataan "dominasi" berada dalam kamus tersebut? | Mengikut Kamus Dewan perkataan ‘dominasi’ bermaksud menguasai, mengenakan atau menimpakan kekuasaan terhadap sesuatu. Sila klik pautan berikut http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dominasi | Makna | 21.10.2014 |
ERTI PERKATAAN MAGIS | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, magis bermaksud luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib:Contoh ayat, kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~. | Lain-lain | 01.06.2010 |
Amir Azizi TUES 18:53 Asalamaualaikum Asalamualaikum Apa yang dimaksudkan dengan negara Mohon penjelasan | Salam, Negara bermaksud 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu | Makna | 29.11.2016 |
Apakah perbezaan antara hukum-hukum dengan hukum-hakam? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, hokum-hakam ditakrifkan sebagai pelbagai jenis hukum agama Islam. Hukum-hukum pula merupakan kata ganda bagi hokum. Hukum bermaksud peraturan yangg dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dan lain-lain), adat yg dianggap mesti dipatuhi, undang-undang. | Lain-lain | 18.12.2018 |
Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik? | Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik? Secara umumnya, puisi ketuhanan yang baik mempunyai ciri menunjukkan kekuasaan Tuhan, mempunyai kaitan rapat dengan ciri ketuhanan, mengagungkan ciri ketuhanan, dan memaparkan diksi yang menunjukkan sifat Tuhan seperti rahmat dan kasih sayang. Sebagai contoh puisi ketuhanan boleh menggunakan simbolik sajak daripada alam, peristiwa sejarah, kehidupan sehari-hari dan bentuk peribadatan. seperti anggur dan cawan, alam tumbuhan dan haiwan, kosmologi dan antropologi dan sumber cahaya, misalnya matahari, bulan, lampu, pelita dan api. Sekiranya puan memerlukan maklumat bolehlah berhubung dengan Encik Shahrun Nizal bin Mohd Nor melalui talian 03-21479203 atau e-mel shanrun@dbp.gov.my. | Sastera | 27.12.2013 |
mohon bantuan untuk mendapatkan definisi perkataan "ADIKARA", Pihak kami ingin mewujudkan satu pertandingan yang bersifat lasak dan menyediakan satu piala yang dinamakan 'Piala ADIKARA". Adakah sesuai perkataan adikara itu digunakan dalam hal ini. | Encik Mohd Shahidi, Perkataan ini bermaksud 1. kekuasaan, berkuasa; 2. sewenang-wenang. Dalam hubungan dengan penamaan sesuatu perkara sekiranya ada kaitan atau menunjukkan ciri-ciri yang dimaksudkan, maka kata tersebut boleh digunakan. | Makna | 01.06.2010 |