Maklumat Kata
Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
|
Tesaurus |
---|
| keluarga (kata nama) | Bersinonim dengan kelamin, famili, sanak-saudara, seisi rumah tangga, suami dan isteri serta anak-anak, batih, saudara-mara, belahan, kulawangsa, darah, kaum, kulasentana, kulawarga;, | | Kata Terbitan : berkeluarga, perkeluargaan, |
|
|
Khidmat Nasihat
Saya sedang dalam proses melalukan terjemahan 'pamphlet' perubatan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Saya ingin bertanyakan terjemahan bagi 'first-degree relatives' dan 'second-degree relatives' dalam BM. Contoh ayat: First-degree relatives are parents, brothers, sisters and children. Second-degree relatives are aunts, uncles, nieces, nephews and grandparents. Terima lasih. | Saudara Shazween, Cadangan terjemahan ialah i. keluarga asas bagi first degree relatives dan ii. keluarga luas bagi second degree family atau extended family. | Istilah | 10.06.2009 |
Apakah maksud terasul? Adakah ia bermaksud gabungan rujukan kehormat (DYMM, YAM dll) dan gelaran (Sultan, Tengku)? Apakah perbezaan kerabat damping dan kerabat diraja? Kenapa gelaran Permaisuri (dan gelaran isteri sultan-sultan) tidak diterjemahkan kepada Queen dalam bahasa Inggeris, sebaliknya gelaran ini dikekalkan dalam Melayu sahaja (cth. Tengku Permaisuri of Selangor), tetapi gelaran Raja Isteri di Brunei diterjemah kepada Queen? | Data istilah menunjukkan terasul ialah kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Secara umumnya makna kerabat damping dan kerabat diraja ialah anggota keluarga diraja yang secara langsung mempunyai pertalian darah dengan raja/sultan. Perbezaan utamanya ialah kerabat damping merujuk kepada individu atau keluarga yang tidak berada dalam barisan utama pewarisan takhta. Untuk rujukan yang lebih rinci tuan disarankan mendapatkan sumber langsung yang sedang berkuat kuasa. Tentang terjemahan Queen bagi Permaisuri mana-mana raja boleh dikekalkan untuk penggunaan/laras umum. | Makna | 16.03.2025 |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close