Apakah perkataan sesuai untuk terjemahan istilah 'once removed/twice removed/three times removed" kedalam bahasa Melayu yang digunakan dalam salasilah keluarga bahasa Inggeris? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'once removed/twice removed/three times removed" dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "once removed" diberikan maksud seperti yang berikut: once removed (of cousins) a. (one generation younger) anak saudara (se)pupu; b. (one generation older), /emak, bapa/ saudara (se)pupu, (saudara) (se)pupu /emak, bapa. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 12.12.2013 |
Sila beri definisi bahasa melayu/malaysia standard/baku | Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu Polenesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak lebih 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Bahasa Melayu standard atau baku ialah bentuk bahasa, ejaan dan sebagainya yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya. | Makna | 20.11.2007 |
Definisi Bahasa Melayu | Saudara Mai, Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu Polenesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak lebih 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Bahasa Melayu standard atau baku ialah bentuk bahasa, ejaan dan sebagainya yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya. | Makna | 06.08.2009 |
apakah yang dikatakan bahasa serapan nusantara ke dalam bahasa melayu? adakah bahasa nusantara sama dengan bahasa sanskrit? | Bahasa Nusantara merujuk bahasa yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau wilayah Nusantara termasuklah Bahasa-bahasa_Melayu-Polinesia" title="Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia" class="mw-redirect">keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk Bahasa Tagalog">bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, Bahasa Jawa">bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya. Bahasa-bahasa tersebut diambil dan diserap kedalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah salah satu Bahasa" title="Bahasa">bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu Bahasa rasmi">bahasa rasmi di India.Oleh itu bahasa nusantara dan bahasa sanskrit adalah dua bahasa yang berbeza. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Asal usul bahasa Melayu | Asal usul bahasa Melayu boleh ditelusuri melalui sejarah panjang perkembangan bahasa dan budaya di rantau Nusantara. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dalam rumpun Austronesia, iaitu keluarga bahasa yang digunakan di kawasan Asia Tenggara, Pasifik, dan sebahagian Madagascar. Berikut merupakan beberapa buku yang membincangkan asal usul bahasa Melayu, termasuk sejarah dan perkembangan awal bahasa tersebut: - "Sejarah Bahasa Melayu" oleh Asmah Haji Omar
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini memberikan gambaran komprehensif mengenai perkembangan bahasa Melayu dari zaman purba hingga moden.
- "The Malay Language: Its Origin and Development" oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad
- Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
- Buku ini mengkaji asal usul bahasa Melayu dan perkembangannya dalam konteks sejarah dan budaya.
- "Language and Society in the Malay World" oleh Peter G. Schmid
- Penerbit: NUS Press
- Buku ini membincangkan tentang bahasa Melayu dalam konteks masyarakat dan sejarah di kawasan Nusantara.
- "Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago" oleh Peter Bellwood
- Penerbit: ANU Press (Australian National University Press)
- Buku ini meneliti migrasi awal manusia ke kawasan Asia Tenggara, termasuk perkembangan awal bahasa Melayu.
| Lain-lain | 09.09.2024 |
Penggunaan ialah dan adalah yang betul | Kata pemeri “ialah” menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri “adalah” menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Penggunaan kata pemeri “ialah” dan “adalah” yang betul seperti dalam contoh ayat di bawah: 1. 1. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia. 2. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. | Tatabahasa | 17.09.2024 |
1. Adakah ayat berikut betul dan tolong beri penerangan mengapa ? a) Para penonton memberi sorakan gemuruh. b) Kita haruslah beriadah bersama dengan ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan keluarga. | Salam sejahtera, Tuan, Ayat yang dinyatakan betul kerana mempunyai pola ayat dasar bahasa melayu iaitu terdapat subhjek dan predikat pada ayat tersebut. 1. Para penonton (subjek) memberi sorakan gemuruh (predikat) 2. Kita (subjek) haruslah (kata bantu) beriadah (predikat) bersama dengan ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan keluarga (keterangan). Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 19.01.2018 |
1.Terangkan kenapa bahasa adalah petanda sosial? 2.huraikan fungsi bahasa. | Bahasa berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bahasa juga boleh menjadi petanda sosial kerana bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang berdarah raja, dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi lazimnya berbeza. Contohnya, bahasa istana hanya digunakan oleh keluarga diraja atau pekerja yang bekerja di istana. Bahasa rasmi pula hanya digunakan untuk situasi rasmi seperti mesyuarat dan perbincangan oleh kakitangan kerajaan ataupun swasta yang berpendidikan rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Sementara bahasa dialek atau loghat digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti majlis perkahwinan atau pergaulan dengan masyarakat setempat. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa dalam Perancangan Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar. | Tatabahasa | 30.08.2006 |
meraikan acara hari keluarga atau menyambut acara hari keluarga | Menurut Kamus Bahasa Melayu maksud meraikan ialah menghormati seseorang dengan mengadakan keramaian atau jamuan manakala maksud menyambut pula ialah 1 menerima apa-apa yang diberikan dengan tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yang jatuh atau yang dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kepada sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. Ayat yang betul ialah meraikan acara hari keluarga. | Tatabahasa | 12.03.2019 |
apakah yang dimaksudkan dengan peranan keluarga dalam kejayaan anak-anak? | Beberapa persoalan perancangan keluarga | Adam A. Kadir | Dewan Masyarakat | 15/11/1978 Berbudi bahasa membentuk keluarga bahagia (Diwawancara oleh Azrina Md. Zain) | Zaleha Ismail | Pelita Bahasa | 01/06/2005 | Lain-lain | 22.03.2008 |