Kemasukan perkataan “panggung” juga menyenaraikan kata terbitan “memanggung” yang membawa maksud “mengangkat”. Imbuhan yang mempunyai awalan “me” bermaksud “melakukan perbuatan”. Jika “mengangkat” itu dari kata dasar “angkat”, adakah “memanggung” itu dari kata dasar “panggung” yang juga bermaksud “angkat”? | Dari aspek semantik, kata terbitan "memanggung" hasil daripada kata "panggung" (sesuatu yang diangkat tinggi seperti pentas, tempat duduk, lantai dan sebagainya). Maka, perbuatan memanggung korpus menunjukkan kepala dagu dan sebagainya di angkat juga. | Makna | 30.01.2023 |
Kemasukan peribahasa “Degar-degar merapati”, halaman 61 Kamus Istimewa Peribahasa Melayu serupa dengan “degar-degar merpati” dari Kamus Besar Bahasa Indonesia yang membawa maksud “perselisihan antara suami isteri. Apakah ejaan yang betul, *merapati” atau *merpati? Kata *bertagar dimaksudkan juga *berdegar-degar yang dikaitkan denganyi *bunyi seperti guruh. Bagaimanakah *bunyian itu *merapati? | 1. Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ejaan yang digunakan ialah “merapati”. 2. Untuk soalan yang kedua, soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon nyatakan pertanyaan dengan lengkap dan jelas.
| Ejaan | 06.01.2023 |
Kemasukan kata *pancung - kenapa tiada takrif berkaitan dengan kenderaan air yang bernama *bot pancung? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 320-321), kata/frasa bot pancung diletakkan di bawah entri/kata bot. Bot pancung diberikan takrif seperti yang berikut: bot pancung bot yang dibuat daripada kayu dan digunakan untuk membawa penumpang atau barang secara tidak sah. Contoh penggunaan: Kastam menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah bot pancung yang dipercayai sarat dengan muatan rokok keretek. Di bawah entri/kata pancung, masih tiada makna dikaitkan dengan keadaan ini. Cadangan bagi memasukkan makna ini akan dipertimbangkan. Harap maklum.
| Makna | 05.11.2022 |
kemasukan warga asing "ke" negara ini atau kemasukan warga asing "di" negara ini ? Apakah perbezaan antaranya? | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Dalam ayat di atas, kata sendi nama "ke" lebih tepat digunakan kerana perkataan "kemasukan" membawa maksud perihal masuk, dan "negara ini" membawa maksud tempat atau arah yang dituju. | Tatabahasa | 09.01.2021 |
definisi sistem kuota dalam bidang kemasukan ke IPTA | Kuota bermaksud: bilangan maksimum sesuatu yg diperuntukkan, dibenarkan atau ditetapkan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem kuota dalam bidang kemasukan ke IPTA, sila hubungi kementerian yang berkenaan (Kementerian Pengajian Tinggi). | Lain-lain | 13.08.2009 |
Kemasukan pendatang asing ke Malaysia boleh mempercepat pembangunan negara, namun secara tidak langsung telah (membawa/mengundang) gejala sosial. Perkataan "membawa/mengundang" sesuai digunakan dalam ayat di atas? Boleh berikan penjelasan?Terima kasih. | Ayat yang betul ialah; Kemasukan pendatang asing ke Malaysia boleh mempercepat pembangunan negara, namun secara tidak langsung telah membawa gejala sosial. - membawa bermaksud mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
Adakah betul penggunaan perkataan 'polemik' di dalam ayat di bawah? Kemasukan produk kraf dari negara luar seperti produk songket dan sebagainya sehingga mencetuskan polemik semasa, yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama di kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan. | Mengikut Kamus Dewan, polemik ialah perbahasan (perdebatan, perbantahan), maka penggunaan kata polemik dalam ayat yang puan kemukakan betul. Namun ayat puan boleh dibetulkan seperti berikut: Kemasukan produk kraf seperti produk songket dan sebagainya dari negara luar mencetuskan polemik semasa yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama dalam kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan. | Tatabahasa | 26.11.2014 |
salam.bolasepak malaysia. kemasukan pemain import, perpindahan pemain, pemain digugurkan. adakah situasi ini boleh dipanggil 'formasi' dalam dunia bola sepak.t.kasih.harap dapat membantu | Merujuk Kamus Dewan formasi bermaksud susunan (sekumpulan orang atau benda) dengan bentuk tertentu sambil melakukan pergerakan. Pada pandangan kami situasi yang berlaku tidak sesuai dengan makna formasi tersebut. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
Saya ingin bertanya berkenaan syarat kemasukan untuk pelajar antarabangsa, antara yang dinyatakan ialah kelayakan setaraf dengan STPM (dengan status taraf pendidikan diluar negara) termasuk "pass in Bahasa Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka)". Apakah yang dimaksudkan dengan setaraf dengan lulus subjek Bahasa Melayu (DBP) ini? Bagaimana dan dimana untuk memperolehi maklumat tentang kelayakan ini? Terima kasih. | Sila semak peraturan ini dengan penganjur yang meletakkan syarat berkenaan. Jika Dewan Bahasa sebagai penganjur, sila semak dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, di talian 03-21479000. | Lain-lain | 16.03.2015 |
Kolej Vokasional Beaufort ingin menggantung banner promosi kemasukan ke Kolej Vokasional Beaufort.Majlis Daerah Beaufort arahkan pihak kolej untuk berhubung dengan pihak DBP... apa yang perlu pihak kolej lakukan untuk memohon kebenaran menggantung banner tersebut? Terima kasih. | Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila buat permohonan melalui laman web dbpsahbahasa.my. 1. Klik Daftar Akaun dan aktifkan akaun. 2. Log masuk dan pilih Daftar Iklan. Isi Maklumat Iklan (rujuk Panduan Pelanggan) dan klik Simpan. 3. Buat bayaran sebaik sahaja permohonan berjaya disimpan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas bayaran dibuat. | Lain-lain | 16.11.2022 |