Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ran.cuan] | کرنچوان

Definisi : keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan: kekeliruan penggunaannya hanya akan meningkatkan kadar ~ kita ber­bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rancu (adjektif)
Bersinonim dengan kacau, bercampur aduk, bercampur baur, bercelaru, cacamerba, kecoh, kelam-kabut, karau, tidak tentu arah, tidak tentu hala;,
Kata Terbitan : merancukan, kerancuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan kerancuan bahasa?Menurut Kamus Dewan, kerancuan dikaitkan dengan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan atau kekeliruan.Kerancuan bahasa merupakan kekacauan atau kekeliruan yang berlaku dalam bahasa. Bagi melihat contoh ayat, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna22.07.2007
apakah maksud kerancuan bahasaMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Kata rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Kata kerancuan bermaksud keadaan rancu, tidak teratur. Kerancuan  bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain.    Lain-lain20.03.2008
ASSALAMUALAIKUM. SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "KERANCUAN BAHASA" BOLEH TOLONG HURAIKAN SEDIKIT. SELEPAS ITU,APAKAH TAJUK BUKU ATAUPUN JURNAL YANG BERKAITAN DENGAN KERANCUAN BAHASA YANG BOLEH SAYA RUJUK? SALAM HORMAT, TERIMA KASIHYang dimaksudkan dgn kerancuan bahasa yang tidak teratur dan bercampur aduk, dan bentuk yang biasa dikenali ialah bahasa rojak. Dr. Awang Sariyan pernah membincangkan tajuk ini dalam beberapa kertas kerjanya (cari artikel beliau bertarikh 19 Julai 2004 - Bahasa Rojak). Sila layari laman web atau kunjungi mana-mana perpustakaan untuk dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan permasalahan bahasa (jika tiada buku khusus membincangkan hal kerancuan bahasa)Tatabahasa18.09.2007
Saya memerlukan pendapat tentang kerancuan bahasa dan kesannya terhadap pembakuan bahasa Melayu.Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan  bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesioanal.Lain-lain10.01.2008
sila berikan maksud kerancuan bahasa dan sertakan contoh-contohnya. Terima Kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga kerancuan bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Sila rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melalui dengan melayari Laman Web DBP untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini atau rujuk akhbar-akhbar tempatan, buku atau majalah di pasaran.    Makna13.03.2008
Apakah kesan kerancuan bahasa terhadap perkembangan bahasa baku?

Sila rujuk bahan ini yang dipetik daripada Talian KAWAT Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sekiranya sdr menjadi Rakan Dewan sdr boleh meminjam di Pusat Dokumentasi Melayu.

Hasil carian yang mempunyai 'kerancuan bahasa' dalam Judul (6 rekod dijumpai)Carian Baru
 JUDUL ARTIKELPENGARANGMAJALAHKELUARAN 
Kerancuan bahasa dari perspektif IslamIbnu Ahmad Al-KurauwiDewan Masyarakat01/06/2006Terperinci
Kerancuan Bahasa IklanRusdi Abd. RahmanPelita Bahasa 01/11/2001Terperinci
Kerancuan Bahasa pada Papan TandaAsiah IdrisPelita Bahasa 01/11/2001Terperinci
Kerancuan dalam bahasa MelayuTeo Kok SeongJurnal Bahasa01/12/2006Terperinci
Kerancuan membunyikan e-taling dan e-pepet dalam bahasa MelayuMuhammed Salehudin AmanDewan Bahasa01/06/2004Terperinci
Usop Sontorian dan kerancuan bahasaSamat BuangPelita Bahasa01/12/1996Terperinci

Lain-lain24.03.2008
salam, tuan apakah maksud perkataan keracuan bahasa?Tidak kata racu/keracuan, perkataan yang betul ialah kerancuan bermaksud keadaan rancu (tidak teratur dan sebagainya) dan kerancuan bahasa lazimnya dikaitkan dengan penggunaan bahasa yang bercampur aduk. Makna25.09.2011
Sehingga kini Badriah tidak tahu siapakah bapanya yang sebenarnya kerana ibunya tidak mahu menceritakan hal itu. (munsyi,adakah ayat ini betul? sepanjang pengetahuan saya, siapakah untuk ayat tanya sahaja, tetapi jawaban untuk ayat ini adaalah betul sehingga menimbulkan kerancuan dalam diri saya. TK)Ayat contoh tersebut betul. Ayat ini ialah ayat penyata walaupun menggunakan kata tanya.Tatabahasa05.09.2012
Assalamualaikum, Saya Shikin, ingin bertanya satu soalan. Benarkah orang kata bahasa Melayu merupakan bahasa yang belum mantap dan jika dilihat, ramai remaja hari ini menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan dan juga timbul tentang isu bahasa sms. berikan pandangan anda tentang perkara tersebut dan terima kasih kerana sudu baca soalan saya ini.Bahasa Melayu telah digunakan beratus tahun dahulu dantelah diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara setelah kemerdekaan tanah air. Jika berlaku isu bahasa rojak, bahasa slanga dan sebagainya yang memberi kesan kepada kerancuan penggunaan bahasa Melayu banyak elemen yang mempengaruhinya bukanlah kerana bahasa itu tidak mantap seperti yang diperkatan. Lain-lain20.08.2008

Kembali ke atas