Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.ngu.pan] | کراڠوڤن

Definisi : perihal (keadaan dsb) rangup: biskut yg dibakar sempurna utk ~ sejati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.ngu.pan] | کراڠوڤن

Definisi : keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangup (adjektif)
Bersinonim dengan garing, mersik, rapuh, repih, pohu;,
Kata Terbitan : merangkupkan, kerangupan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'?Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya.


Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus.
Makna29.07.2013
terjemahan "crisp" ialah "rangup". Jika saya ingin menambah imbuhan di hadapan perkataan "rangup" ini, yang membawa maksud "untuk menjadikan sesuatu itu rangup", mana satukah imbuhan yang betul? "perangup" atau "pengrangup"

Istilah “perangup” atau “pengrangup” tidak wujud dalam pembentukan kata dasar rangup. Jika ingin membawa maksud menjadikan makanan rangup, teks yang lebih sesuai ialah “merangupkan”. Contoh ayat, “Bahan ini digunakan untuk merangupkan ayam goreng.”

Sementara itu, “kerangupan” juga sesuai untuk digunakan yang membawa maksud hal atau keadaan rangup. Contoh ayat, “Kedai roti tersebut menggunakan ramuan terbaik bagi menambahkan kerangupan biskutnya.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1820.

Tatabahasa10.05.2026

Kembali ke atas