adakah kertas mahjong (kertas putih dan lebar) terdapat dalam entri kamus?kalau tiada perkataan apa yg perlu digantikan | Istilah kertas mahjong tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Istilah | 11.02.2011 |
salam. apakah istilah yang sesuai digunakan bagi kertas putih yang besar yang iasa digunakan dalam pembentangan iaitu 'kertas mahjung' atau 'kertas sebak'? Terima kasih. | Kertas mahjung. | Istilah | 19.08.2014 |
Adakah wujudnya kertas sebak? Apakah maksud untuk kertas sebak? Saya telah merujuk kamus tetapi tidak ada maksud sebak untuk dipadankan dengan kertas. Sekian, terima kasih. | Tiada data berkaitan “kertas sebak” dalam pangkalan data DBP. Melalui carian di laman maya, “kertas sebak” ialah “kertas mahjung” , iaitu kertas putih dan lebar yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. | Istilah | 11.08.2014 |
Salam, antara berikut, yang manakah betul? 1. Menulis di atas kertas 2. Menulis pada kertas 3. Cikgu Nora menulis pada papan putih. 4. Cikgu Nora menulis di atas papan putih. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "menulis pada kertas" dan "menulis pada papan putih", kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 23.05.2013 |
Kertas 'majung' atau 'mahjung' atau 'majong' tidak ada dalam kamus dewan edisi terkini. Adakah perkataan 'majung' boleh digunakan untuk merujuk kepada kertas bersaiz besar yang berwarna putih yang sering digunakan di semasa pengajaran di dalam kelas? Terima kasih. | Betul, tidak ada data yang berkenaan dalam Kamus Dewan. Melalui semakan di internet, data yang ada ialah kertas mahjong dan kertas mahjung. Kami mencadangkan kertas mahjung kerana ejaan yang ada dalam kamus ialah mahjung. | Istilah | 29.06.2016 |
bagaimana saya boleh menghantar karya saya ? contohnya sajak gurindam dan sebagainya | Karya saudara hendaklah dihantar kepada Ketua Bahagian Majalah, Aras 20, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Karya saudara hendaklah ditaip di atas kertas kuarto berwarna putih, dan ditaip jarak langkau dua baris. Sila nyatakan nama majalah(Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Dewan Siswa dll) pada sampul surat dan maklumat peribadi pada surat iringan. | Lain-lain | 06.03.2009 |
salam sejahtera tuan, setelah merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, Saya masih keliru dengan penggunaan kata pemeri untuk yang terdapat soalan peperiksaan SPM 2012 ini, Ayat (a) Perbelanjaan untuk sewaan adalah ¾ daripada perbelanjaan pengangkutan (SPM Matematik kertas 1 soalan 28). Ayat (b) Diberi kebarangkalian memilih guli ialah 1/6, cara kebarangkalian memilih sebiji guli yang bukan putih (SPM Matematik kertas 1. Maklumat untuk calon, Muka surat 32). Ketidaktekalan penggunaan kata pemeri di atas mengelirukan. Adakah 'ialah' sepatutnya diletakkan di hadapan kata bilangan pecahan bagi kedua-dua ayat tersebut'? Harap mendapat tunjuk ajar dan penjelasan daripada tuan. Sekian, terima kasih. | Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Sumbangan besar beliau adalah dari segi bantuan kewangan.
Ayat yang betul ialah ayat (b).Diberi kebarangkalianmemilih guli ialah 1/6 ,... | Tatabahasa | 30.08.2013 |
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut | Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan. berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; | Lain-lain | 23.07.2009 |